Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ri/] | چاريق

Definisi : 1. cabik, robek, sobek, koyak meman­jang; 2. = carikan cabikan; 3. helai, keping: se~ kertas; sirih se~; bercarik-carik carik di sana sini, cabik­-cabik: habislah pecah ~ seluar dan baju kertasnya; mencarik mencabik, mengoyak; mencarik-carik mencabik-cabik, mengoyak­-ngoyakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ri/] | چاريق

Definisi : Jw jurutulis, kerani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ri/] | چاريق

Definisi : ; akar ~ puteri sj tumbuhan (pokok memanjat), akar keladi enggang, akar puding rimba, lakum laut, Vitis cinnamomea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ri/] | چاريق

Definisi : 1 koyak memanjang atau koyak sedikit: Kainnya terkena duri lalu ~. 2 penjodoh bilangan utk sesuatu yg disiat: Se~ kertas, setitik dakwat. mencarik membuat (sesuatu) supaya carik; me­ngoyakkan; menyiat. mencarik-carik membuat supaya carik berkali-kali; mencabik-cabik; mengoyak-ngoyakkan: Dia telah ~ surat itu dan kemudian membuangnya ke dlm parit. carikan yg dicarik; sobekan (kertas dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carik

Puisi
 

Secarik dua carik,
     Tebu lontong kusangka kayu;
Kalau dibeli bercarik-carik,
     Manakan dapat sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scratch coatlapis carikKejuruteraanKejuruteraan BangunanLapis daripada cat yang pertama dalam kerja melepa tiga peringkat.
cut growth resistancetahan pertumbuhan carikKimiaTiadaTiada
pannuspanusSainsHidrometeorologiAwan yang carik dan bergerigis yang kadang kala membentuk satu lapisan selanjar yang terletak di bawah awan lain dan kadang kala melekat padanya. Awan tambahan ini selalunya terdapat pada altostratus, nimbostratus, kumulus dan kumulonimbus.
pannuspanusMeteorologiMeteorologi PerhubunganAwan sertaan yang bercarik-carik dan bergerigis yang kadangkala membentuk satu lapisan selanjar yang terletak di bawah awan lain dan kadangkala melekat padanya. Awan sertaan ini selalunya terdapat pada genus altostratus, nimbostratus, kumulus, dan kumulonimbus.

Kembali ke atas