Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[car.ta] | چرتا

Definisi : 1. peta yg disediakan utk membantu pelayaran atau penerbangan; 2. helaian yg memberikan maklumat (mis mengenai iklim, kedudukan dan perkembangan perniagaan, struktur organisasi, prestasi kerja, dll) dlm bentuk graf, jadual, atau gambar rajah; ~ alir = ~ aliran (Komp) gambar rajah atau perwakilan grafik yg digunakan utk menun­jukkan logik dan urutan sesuatu atur cara komputer, atau utk memaparkan langkah­-langkah pemprosesan yg dilakukan; ~ pai sj gambar rajah atau perwakilan grafik utk memaparkan pembahagian atau pecahan data, maklumat, dll dlm bentuk bulatan yg dibahagi­bahagikan; ~ palang sj gambar rajah atau perwakilan grafik yg menggunakan jalur yg sama lebar secara menegak atau mendatar utk mewakili maklumat atau data; mencartakan 1. merakamkan sesuatu mak­lumat dlm bentuk carta: ~ perubahan suhu setiap dua hari; 2. ki merangka atau menyu­sun sesuatu gagasan secara teratur: penubuhan Umno di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946 menjadi gagasan besar bagi ~ masa depan agama, bangsa dan tanah air; pencartaan perihal (proses atau perbuatan) mencartakan: ~ pergerakan harga barang keperluan asas; pencarta (Eko) orang yg menggunakan carta tertentu utk menganalisis dan meramalkan pergerakan harga saham atau pasaran saham pd masa hadapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[car.ta] | چرتا

Definisi : paparan yg mengandungi keterang­an (ttg harga, suhu, senarai sesuatu dll) dlm bentuk graf, gambar rajah dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carta


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
capsulitis (kapsulitis lekat) Lihat frozen shoulder. (UBAT) adiabatic (adiabatik) Berkaitan dengan keadaan termodinamik yang merujuk pada sebarang per- ubahan yang tidak melibatkan kehilangan atau penerimaan haba. (FIZ, KIM) adiabatic chart (carta adiabatik) Gambar rajah yang digunakan untuk menyatakan keadaan termodinamik seba- hagian atmosfera yang ditakrifkan dengan tiga pemboleh ubah, iaitu tekanan, suhu dan kelembapan. (HID) adiabatic packed bed reactor (reaktor turus siklon yang sedia ada. (HID) anticyclolysis (antisiklolisis) Peluputan dan pelemahan peredaran antisiklon di sekeliling antisiklon yang sedia ada. (HID) anticyclone (antisiklon) Taburan tekanan atmosfera yang mempunyai pusat tekanan tinggi. Dalam carta sinoptik, antisiklon dapat dikesan daripada sistem isobar tertutup yang umum- nya berbentuk bulat atau bujur dan mengelilingi pusat tekanan tinggi. Struktur dinamik antisiklon ialah pumpunan mendatar di aras tinggi, pencapahan

Kembali ke atas