column chart | carta turus | Teknologi Maklumat | Tiada | Carta berbentuk tiang menegak dengan setiap turus membandingkan nilai sesuatu data dengan kategori. Variasi carta turus adalah carta-carta turus bergugusan, turus bertindan dan turus bertindan 100%. Turusnya boleh dalam bentuk 2D atau 3D. Banding carta palang. Contoh carta turus 3D adalah seperti berikut: |
constant pressure chart | carta tekanan malar | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Carta sinoptik sebarang permukaan tekanan malar yang selalunya mengandungi analisis taburan dan data terplot, seperti ketinggian permukaan, angin, suhu, dan kelembapan. Carta tekanan malar dikenali melalui nilai tekanan contohnya: carta 1000 hPa (yang hampir bersepadanan dengan carta permukaan) carta 850 hPa, carta 700 hPa, dan carta 500 hPa. Juga disebut carta isobar. |
constant presure chart | carta tekanan malar | Sains | Hidrometeorologi | Carta sinoptik bagi sebarang permukaan tekanan malar, selalunya mengandungi data yang telah dilukis dan analisis taburan, seperti ketinggian permukaan, angin, suhu, dan kelembapan. Carta tekanan paling dikenali melalui nilai tekanan; contohnya: carta 1000�mb (yang hampir bersepadanan dengan carta permukaan) carta 850�mb, carta 700�mb, carta 500�mb dan sebagainya. |
doughnut chart | carta donat | Teknologi Maklumat | Tiada | Carta berbentuk bulatan seperti carta pai tetapi ada ruang kosong di tengah seperti kuih donat atau keria. Carta ini digunakan untuk memvisualkan sumbangan komponen dalam bentuk peratusan dengan jumlah keseluruhan sumbangan semua komponen adalah 100%. Contohnya adalah seperti berikut: |
distribution chart | carta agihan: carta taburan | Matematik | Tiada | Tiada |
bar chart | carta palang | Teknologi Maklumat | Tiada | Carta berbentuk segi empat bujur yang melintang (mendatar). Carta ini membandingkan nilai (paksi x) dengan kategori (paksi y). Ada pelbagai variasi contohnya carta palang berkelompok, palang bertindan, palang bertindan 100%. Contoh carta palang adalah seperti rajah di bawah. |
cone chart | carta kon | Teknologi Maklumat | Tiada | Carta palang atau carta turus berbentuk kon 2D dengan setiap kon melambangkan nilai sesuatu data yang disusun mengikut kategori. Contohnya seperti berikut: |
prognosis chart | carta prognosis | Sains | Hidrometeorologi | Ramalan berkenaan meteorologi tertentu untuk masa atau tempoh tertentu dan permukaan tertentu atau sebahagian daripada ruang udara, ditunjukkan secara carta. Sinonim carta ramalan. |
isentropic thickness-chart | carta ketebalan isentrop | Sains | Hidrometeorologi | Carta ketebalan lapisan atmosfera yang dibatasi oleh dua permukaan isentrop yang terpilih (permukaan suhu upaya tetap). Ketebalan lapisan ini berkadaran langsung dengan ketakstabilan statik lapisan berkenaan. Oleh itu, carta ini dinamakan carta tak stabil. |
upper air chart | carta udara atas | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Carta sinoptik keadaan meteorologi diudara atas yang selalunya merujuk kepada carta tekanan tetap piawai. Juga disebut carta aras atas. |