Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ru.man] | چارومن

Definisi : ; bercarum ada carumannya: biaya tua ~; mencarum membuat bayaran atau sumbang­an (kpd kumpulan wang bersama spt Kum­pulan Wang Simpanan Pekerja dll): dia tidak lagi ~ dlm KWSP; mencarumkan memasukkan (modal, wang) ke dlm sesebuah syarikat: dia ~ RM200 sebulan ke dlm syarikat insurans; caruman 1. bayaran dr semasa ke semasa (kpd kumpulan wang bersama dll), yuran; 2. sumbangan bulanan menerusi potongan gaji kpd Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (utk membiayai keperluan selepas bersara); ~ tetap caruman yg dibuat pd waktu-waktu tertentu (mis pd hujung setiap bulan) dan secara berterusan; pencaruman perihal (perbuatan) mencarum; pencarum orang yg mencarum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ru.man] | چارومن

Definisi : 1. bayaran dr semasa ke semasa (kpd kumpulan wang bersama dll), yuran; 2. sumbangan bulanan menerusi potongan gaji kpd Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (utk membiayai keperluan selepas bersara); ~ tetap caruman yg dibuat pd waktu-waktu tertentu (mis pd hujung setiap bulan) dan secara berterusan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ru.man] | چارومن

Definisi : bayaran yg tetap kpd sesuatu kumpulan wang atau syarikat; yuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata caruman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
takaful premiumcaruman takafulEkonomiEkonomi IslamWang yang disumbangkan oleh peserta kepada syarikat pengendali takaful melalui akaun peserta. Caruman ini akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan pelaburan dan tabaruk. Peserta boleh membuat caruman sekali gus bagi takaful am dan secara berkala bagi takaful keluarga.
unconditional vestingletak hak tanpa syaratPentadbiran PerniagaanTiadaPemberian hak dalam pelan caruman yang kelayakan bagi faedah tidak bersyaratkan ketiadaan pengeluaran caruman peserta.
participants special accountakaun khas pesertaEkonomiEkonomi IslamAkaun yang mengkreditkan peratusan tertentu daripada caruman peserta pelan takaful keluarga. Peratusan caruman peserta yang akan dikreditkan ke dalam akaun ini ditentukan mengikut prinsip aktuari. Akaun ini disediakan oleh syarikat pengendali takaful bagi tujuan tabaruk. Baki wang yang belum digunakan untuk tujuan tabaruk boleh dilaburkan untuk menghasilkan keuntungan.
proportional retakafultakaful semula berkadarEkonomiEkonomi IslamProduk takaful semula yang menghendaki caruman dan pembayaran tuntutan dibahagi antara syarikat pengendali takaful dengan syarikat takaful semula mengikut peratusan atau nisbah tertentu. HaI ini bermakna, caruman dan pembayaran tuntutan akan dikongsi oleh kedua-dua pihak berdasarkan nisbah berkenaan. Contohnya, takaful semula kongsi kuota dan takaful semula lebihan.
participants accountakaun pesertaEkonomiEkonomi IslamAkaun yang mengkreditkan peratusan tertentu daripada caruman peserta pelan takaful keluarga bagi tujuan pelaburan. Keuntungan pelaburan akan dikongsi bersama antara peserta dengan syarikat pengendali takaful berasaskan prinsip mudarabah. Peratusan caruman yang dikreditkan dalam akaun ini biasanya lebih besar berbanding dengan akaun khas peserta.
investment-linked takafultakaful berkaitan pelaburanEkonomiEkonomi IslamPelan takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful. Sebahagian daripada caruman peserta dalam pelan takaful ini akan dimasukkan ke dalam akaun khas bagi tujuan tabarru’ untuk mendapatkan perlindungan. Baki caruman akan digunakan untuk pelaburan secara langsung dalam instrumen kewangan. Peserta sebagai pelabur diberi hak bagi memilih jenis pelaburan untuk diuruskan oleh syarikat pengendali takaful. Contoh pelaburan ini ialah saham, bon atau instrumen kewangan lain. Keuntungan yang diperoleh dan risiko yang dihadapi akan diserahkan sepenuhnya oleh peserta. Dalam mengendalikan pelan ini, syarikat pengendali takaful juga bertindak sebagai pengurus dana dan mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan.
deception insurance/uncertainty insurancegharar insuransEkonomiEkonomi IslamKetidakjelasan yang wujud dalam rukun ma‘qud ‘alaih (benda yang diakadkan) pada sesuatu akad insurans. Hal ini kerana pihak yang membeli polisi tidak mengetahui sama ada mereka akan menerima pampasan dan jumlah caruman berserta keuntungan. Mereka juga mungkin menerima jumlah pampasan yang tidak setimpal dengan caruman yang dibayar. Kewujudan unsur gharar ini menyebabkan skim insurans tidak sah dari segi hukum syarak. Oleh itu, skim takaful yang tidak mengandungi unsur gharar diwujudkan. Dalam skim takaful, para peserta secara kolektif akan menerima kembali semua caruman sama ada dalam bentuk pampasan atau baki caruman selepas pampasan dibuat bersama-sama keuntungan. Pengendali takaful pula tidak menanggung risiko kerugian kerana segala pampasan dibayar daripada kumpulan wang takaful peserta.
contributioncaruman; pencaruman; sumbanganKejuruteraanTiadaTiada
contributioncaruman; pencaruman; sumbanganPentadbiranTiadaTiada
contributioncaruman; pencaruman; sumbanganEkonomiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas