Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.rut] | چاروت

Definisi : perkataan yg keji dan kotor (cabul): perkataan hamun dan maki, ~ dan cabul; ~-capai = ~-marut berbagai-bagai perkataan yg keji dan kotor; bercarut, bercarut-carut mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor: sampai beliau ~; ~ bungkang Mn mencarut-carut, memaki-maki; mencarut, mencarut-carut mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor, memaki-maki: kadang-kadang ~ dan meludah; mempercaruti memaki-maki orang dgn perkataan yg keji; carutan (perkataan, kata-kata) yg keji dan kotor, (kata-kata) yg cabul: penyair menjauhkan kata-kata ~ yg kasar; pencarut 1. suka mencarut; 2. orang yg suka mencarut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.rut] | چاروت

Definisi : perkataan yg keji lagi kotor. ~-capai, = ~-marut pelbagai perkataan yg keji lagi kotor. mencarut menuturkan kata-kata yg keji dan kotor. pencarut orang yg suka mencarut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa nilai bahasa dalam kalangan masyarakat agak rendah? Misalnya sikap tidak apa terhadap 'bahasa rojak' dan penggunaan bangsa lain (tidak bahasa Melayu) dalam perhubungan dalam negara. Sedangkan jika guna bahasa carut tidak dapat diterima pula nilai itu. Apakah ini memerlukan penerapan semula nilai bahasa dalam masyarakat kita agar pegangan nilai sebenar bahasa memberi daya bahasa yang baharu kepada kita dan negara?Antara sebab nilai bahasa dalam kalangan masyarakat agak rendah adalah kerana sikap sebahagian masyarakat yang masih mempercayai bahawa bahasa Melayu tidak ada nilai ekonomi. Saudara boleh merujuk isu-isu bahasa Melayu dalam majalah, seminar dan akhbar-akhbar tempatan.Lain-lain08.11.2007

Kembali ke atas