Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cat] | چت

Definisi : 1. sj cecair berwarna yg disapukan pd dinding dll (utk melindungi permukaannya, menjadikannya kelihatan elok); 2. sj bahan yg dicampuri cecair, digunakan dlm lukis­-melukis; ~ air cat yg dicairkan dgn air; ~ alis penghitam (kening); ~ bakar Id cat yg disemburkan; ~ batik Id bahan yg digunakan utk mewarnai kain batik; ~ bibir gincu bibir; ~ minyak cat yg dicairkan dgn minyak; bercat memakai cat, diwarnai dgn cat: sekeping papan ~ biru muda; mengecat memberi bercat, mewarnai (per­mukaan spt dinding dll) dgn cat: sekaliannya dicat dgn air emas; ~ dan menghiasi rumah; catan lukisan (dgn cat): studionya dipenuhi dgn ~ terbarunya; ~ minyak seni lukis (gambar atau lukisan) yg menggunakan cat minyak; pengecatan kerja (perbuatan dll) mengecat (rumah dll); pengecat orang yg kerjanya mengecat (rumah, bangunan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cat] | چت

Definisi : cecair (biasanya pekat) yg diguna­kan utk mewarnai sesuatu: ~ air cat yg di­­cairkan dgn air; ~ minyak cat yg di­cairkan dgn sj minyak. bercat diwarnai dgn cat: Motokarnya ~ kelabu. mengecat mewarnai dgn cat; menyapu (menyembur) dgn cat: Dia ~ rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cat


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pelarut organikorganic solventPelarut yang terdiri daripada cecair hidrokarbon yang digunakan untuk melarutkan bahan seperti cat, minyak, gris dan bahan hidrokarbon lain.Menengah Rendah

Kembali ke atas