Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cat] | چت

Definisi : 1. sj cecair berwarna yg disapukan pd dinding dll (utk melindungi permukaannya, menjadikannya kelihatan elok); 2. sj bahan yg dicampuri cecair, digunakan dlm lukis­-melukis; ~ air cat yg dicairkan dgn air; ~ alis penghitam (kening); ~ bakar Id cat yg disemburkan; ~ batik Id bahan yg digunakan utk mewarnai kain batik; ~ bibir gincu bibir; ~ minyak cat yg dicairkan dgn minyak; bercat memakai cat, diwarnai dgn cat: sekeping papan ~ biru muda; mengecat memberi bercat, mewarnai (per­mukaan spt dinding dll) dgn cat: sekaliannya dicat dgn air emas; ~ dan menghiasi rumah; catan lukisan (dgn cat): studionya dipenuhi dgn ~ terbarunya; ~ minyak seni lukis (gambar atau lukisan) yg menggunakan cat minyak; pengecatan kerja (perbuatan dll) mengecat (rumah dll); pengecat orang yg kerjanya mengecat (rumah, bangunan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cat] | چت

Definisi : cecair (biasanya pekat) yg diguna­kan utk mewarnai sesuatu: ~ air cat yg di­­cairkan dgn air; ~ minyak cat yg di­cairkan dgn sj minyak. bercat diwarnai dgn cat: Motokarnya ~ kelabu. mengecat mewarnai dgn cat; menyapu (menyembur) dgn cat: Dia ~ rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paintcatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCecair berpigmen yang bertukar menjadi filem pepejal nipis yang legap yang digunakan dengan meluas sebagai lapisan pelindung dan hiasan untuk kayu dan logam. Terdapat berbagai-bagai jenis cat, seperti cat emulsi, cat lateks, cat minyak, cat air, dan cat pasta.
undercoatcat alasKesenianTiada1. Cat asas: Cat yang disapu terlebih dahulu pada alas lukisan sebelum cat lukisan biasa digunakan.
CATCATMeteorologiMeteorologi PerhubunganSingkatan bagi Clear-Air Turbulence. Lihat golakan udara cerah.
antifouling paintcat antitumbuhanKejuruteraanTiadaCat di atas lapisan cat antikakisan di bahagian bawah kapal, yang mencegah pertumbuhan organisma.
antifouling paintcat antitumbuhanSukanTiadaCat di atas lapisan cat antikakisan di bahagian bawah kapal, yang mencegah pertumbuhan organisma.
synthetic emulsion paintcat emulsi tiruanKesenianTiadaCat emulsi akrilik, yakni cat yang menggunakan damar tiruan yang dibuat daripada petroleum.
aniline poisoningkeracunan anilinaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada anilina, iaitu bahan kimia yang digunakan dalam dakwat pencetak, dakwat penanda kain, cat, penanggal cat, dan sintesis ubat. Pengingesan sebanyak I g anilina boleh menyebabkan kematian. Nilai LD50 dalam haiwan ialah 400 mg/kg dan had pendedahan ialah 2 ppm. Anilina bertindak dengan mengubah hemoglobin kepada methemoglobin, yang mungkin menyebabkan asfiksia yang sangat teruk untuk mencederakan sel sistem saraf pusat dan kadang-kadang menyebabkan hemalisis. Tanda utama keracunan ialah sianosis dan demam kuning. Keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit atau pengingesan menyebabkan sianosis pada ants methemoglobin melebihi 15%; sakit kepala, sesak nafas, dan pening pada aras methemoglobin 40% - 50%; kekeliruan, tekanan darah turun, kelesuan, dan stupor pada aras 60%, dan konvulsi, koma, tekanan darah turun, dan kemungkinan mati pada aras methemoglobin 70% atau lebih. Demam kuning, sakit semasa kencing, dan anemia mungkin terjadi kemudian. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyerapan kulit mempengaruhi sistem saraf, hati, buah pinggang, dan sumsum tulang. Kehilangan berat badan, anemia, keadaan lemah, dan kerengsaan turut terjadi. Penemuan patologi dalam kematian akut termasuk darah berwarna coklat, kecederaan buah pinggang, hati, dan limpa, dan hemolisis.
dead-colourcat asasKesenianTiadaCat yang disapu pada permukaan lukisan cat minyak untuk menandakan nilai-nilai warna.
non-luminous paintcat tak kilauKesenianTiadaCat yang kusam sesudah kering, seperti cat akrilik.
CAT (computer-aided testing)CAT (pengujian berbantu komputer)Teknologi MaklumatTiadaPenggunaan komputer dalam kejuruteraan untuk menyemak dan menganalisis reka bentuk, biasanya dihasilkan oleh atur cara CAT.
12345678910...

Kembali ke atas