Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.tat] | چاتت

Definisi : ; mencatat 1. menulis atau merakamkan sesuatu (dlm buku dll) utk peringatan (per­hatian pd masa hadapan dll): seorang setiausaha harus dilantik utk ~ minit mesyuarat itu; cara-cara utk ~ pengeluaran wang; 2. membuat, merintis, memelopori: hari ini, hari yg paling gembira kerana kita telah ~ sejarah baru; 3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dll): ia telah ~ kemenangan dlm pertandingan itu; mencatatkan 1. menuliskan atau merakam­kan sesuatu (dlm buku, fail, dll) utk peringatan (tatapan pd masa hadapan dll): Raja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu; tuan rumah itu ~ nama-nama orang yg berderma; 2. mendaftarkan (diri, nama); 3. me­nuliskan (merakamkan) utk: tolong catatkan saya nama ahli-ahli yg hadir; tercatat sudah dicatat (tertulis, termaktub): orang Yahudi sedia mengetahui dari hal itu sebagaimana yg ~ dlm kitab mereka; catatan yg telah dicatat, peringatan; ~ bawah = ~ kaki keterangan pd bahagian bawah muka surat, nota kaki; ~ harga kete­rangan bkn harga barang; ~ jiwa daftar bilang­an penduduk (banci); ~ rapat Id laporan ringkas bkn apa-apa yg dibicarakan dlm mesyua­rat; pencatatan perihal (perbuatan dsb) men­catat(kan); pencatat 1. orang yg membuat catatan; 2. alat yg digunakan utk mencatat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tat] | چاتت

Definisi : ; mencatat 1 menulis dlm buku dsb utk peringatan: Ia telah diminta ~ nama-nama pekerja yg datang lewat. 2 mencapai atau memperoleh (kemenang­an, kejayaan dsb dlm sesuatu): Ia telah ~ kemenangan dlm pertandingan itu. tercatat telah ditulis (utk peringatan dll): Hal itu ~ dlm lembaran sejarah tanah air. catatan apa-apa yg sudah dicatat; peringatan: Menurut ~ kerajaan, lebih kurang 423, 260 orang Hindu telah terkorban dlm peperangan di sempadan India. ~ bergu ist kaedah mencatat sesuatu butiran urus niaga sbg debit dlm satu akaun dan sbg kredit dlm akaun yg lain. pencatat 1 orang yg membuat catatan. 2 alat yg digunakan utk mencatat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa perbezaan makna perkataan: 1) catit, catat 2) cencang, cincang 3) adalah, ialah1.catit sama makna dengan catat yang membawa maksud menulis atau merakamkan sesuatu. 2.cincang = sejenis tumbuhan, cungkil 3.cencang = tetak kecil-kecil atau halus dengan parang. 4.kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama manakala adalah hadir di hadapan frasa adjektif.Tatabahasa31.07.2007
Saya keliru antara penggunaan catat dengan catit..yang mana betul dalam penggunaan ayat?Ejaan yang betul ialah catat.Ejaan24.04.2012
saya ingin mendapatkan panduan dari pihak tuan. Yang mana satu adalah benar? 1)catat atau catit? 2)....sepertimana yang tercatat ...atau .....sepertimana yang tercatit...?Ejaan yang betul ialah catat dan tercatat.Ejaan10.11.2011
apakah maksud mencatit?Ejaan yang betul ialah catat. Mencatat membawa maksud menulis atau merakamkan sesuatu utk peringatan.Ejaan12.07.2016
apakah perbezaan antara mencait dan mencatatPerkataan yang betul ialah mencatat (catat).Istilah04.07.2016
Apakah perkataan yang betul: Catatan atau Catitan. Adakan kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza??Ejaan yang betul ialah catat, catatan. Ejaan catitan tidak lagi diterima pakai.Ejaan27.09.2012
Hi, i tak faham kenapa permohonan saya tidah lulus. kindly advise. thanks No permohonan : 93877/2022 Nota : Sila gunakan nama perniagaan yang telah didaftarkan dengan SSM (NJOTA SOLUTION. Jika telah berdaftar di MyIPO, catat no TM pada Maklumat tentang Iklan pada menu untuk makluman.Untuk makluman tuan, hanya nama permis yang telah didaftarkan dengan SSM atau MyIPO sahaja dibenarkan (NJOTA SOLUTION) sebagai nama premis.  Jika tuan ingin menggunakan nama yang lain, sila pilih dan gunakan nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan  baik dan betul. Sekiranya mahu dikekalkan nama yang sedia ada, sila daftarkan dahulu "COFFEE HOUSE" dengan MyIPO dan maklumkan nombor surat/sijil  tersebut dalam sistem permohonan untuk makluman pegawai penyemak.  Harap maklum. Lain-lain23.09.2022
Salam. Saya ingin mengajukan soalan. Kenapa ya ejaan bumiputera betul tetapi bumiputra salah? Kenapa ejaan nanas betul sedangkan kita sering mendengar ejaan nenas dalam pertuturan harian? Boleh saya tahu adakah catit merupakan sistem ejaan lama dan catat merupakan ejaan yang terkini? Sekian. terima kasih.
Untuk makluman puan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. 
Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Puan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. 
Bahasa Melayu  mempunyai sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam urusan rasmi. 
Tatabahasa20.07.2021
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan perabot adalah perabot bukannya perabut? Kenapa ejaan tose bukannya tosai? Kenapa ejaan telefon bukannya talipon? Kenapa ejaan bumiputra bukannya bumiputra? Kenapa ejaan Insya-Allah ada sempang, bukannya Insyallah? Kenapa ejaan yang betul spageti bukannya spagheti? Kenapa ejaan stoking, bukannya stokin? Kenapa ejaan yang betul adalah catat, bukannya catit? Kenapa ejaan yang betul adalah maksimum bukannya maksima? Kenapa ejaan minimum adalah minimum, bukannya minima? Kenapa ejaan pelancaran digugurkan huruf ‘r’ perlancaran? Kenapa ejaan yang betul adalah cap, bukannya cop? Sekian terima kasih.
Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Puan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Perkataan yang betul ialah pelancaran hasil daripada kata kerja melancarkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lebih lanjut. 
Tatabahasa16.07.2021
VISUAL IKLAN PREMIS BERIKUT BOLEH LULUS DALAM PERMOHONAN BAHARU LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN IKLAN?

Untuk mendapatkan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui laman web  dbpsahbahasa.my.  Sila rujuk panduan permohonan untuk  memudahkan tuan/puan mendaftar permohonan iklan. Sila catat nombor pendaftaran iklan (contoh: 12345/2021) untuk rujukan.  DBP hanya mengesahkan bahasa Melayu dalam visaul iklan sahaja manakala lesen perniagaan perlu dimohon melalui PBT yang berkenaan. Mohon maaf lampiran tidak dapat dibuka. 

Lain-lain20.02.2021
12

Kembali ke atas