Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catatan;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
annotated cataloguekatalog beranotasiPerpustakaanTiadaKatalog yang mengandungi catatan-catatan berketerangan.
evidencebukti; tanda; keteranganSejarahTiada2. Bahan yang berbagai bentuk sebagai bukti, kenyataan saksi, laporan-laporan, catatan-catatan dan sebagainya digunakan untuk menimbulkan kepercayaan pengendalian atau juri atas pernyataan mereka.
annalcatatan sejarahKesusasteraanTiadaCatatan atau rekod bersifat sejarah yang ditulis berdasarkan urutan masa, tahun demi tahun secara kronologi. Ada kalanya catatan masa lengkap dengan tahun, bulan, dan hari. Catatan sejarah merupakan suatu bentuk penulisan sejarah yang awal. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, wujud sejenis karya yang mempunyai ciri-ciri penulisan catatan sejarah, yang dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah. Dalam karya berkenaan, unsur sejarah dapat dilihat, terutamanya berkaitan dengan penurunan salasilah raja-raja, pembukaan kota, dan rentetan peristiwa berkronologi yang berlaku dalam sesebuah kerajaan. Contoh karya dalam kesusasteraan Arab ialah Kital al-Suluk oleh al-Maqrizi. Manakala contoh karya catatan sejarah yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, dan Tuhfat al-Nafis. Karya catatan sejarah juga disebut sebagai kronikel. Penggunaan kronikel mencakupi bidang yang lebih luas, meliputi peristiwa utama dalam pemerintahan seseorang raja, tetapi kurang memberi penekanan tentang susunan peristiwa tahun demi tahun. Annal berasal daripada perkataan Yunani annales yang bermaksud �yearly books�. Lihat juga kronikel.
score cardkad catatanSukanTiada2. Kad catatan: Kad untuk pengadil membuat catatan berhubung dengan pembaling.
endnotecatatan hujungKomunikasiTiadaUlasan, keterangan lanjutan atau rujukan di bahagian hujung sesuatu penulisan. Catatan ini akan ditempatkan di bahagian akhir setiap bab atau buku. Biasanya, catatan ini juga akan diberi nombor untuk memudahkan rujukan.
annotationanotasiKesusasteraanTiadaCatatan yang dilakukan oleh pengarang untuk memberikan penerangan, komentar atau kritikan terhadap sesebuah teks atau buku. Catatan meliputi struktur dalaman teks (isi kandungan), dan struktur luaran teks (bahasa, ejaan, ayat, istilah, dan sebagainya). Catatan umumnya dilakukan oleh pengarang atau pembaca yang biasanya ditulis pada kaki buku atau bahagian tepi buku. Ada kalanya anotasi merupakan keterangan yang dibuat oleh editor dan dicetak pada bahagian nota kaki teks atau buku. Anotasi bertujuan untuk membaiki sesuatu kesilapan atau menjelaskan kekaburan fakta yang terdapat dalam teks atau memberikan keterangan tambahan tentang sesuatu perkara yang terdapat dalam teks. Anotasi biasanya dibuat semasa kerja penyuntingan dan transliterasi naskhah manuskrip lama. Contoh karya anotasi ialah teks Karangan Hamzah Fansuri oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tuhfat al-Nafis oleh Virginia Matheson, dan Hikayat Inderaputera oleh Mulyadi. Contoh karya anotasi dalam sastera Arab ialah Alf Laylah wa Laylah oleh Muhsin Mahdi, dan dalam sastera Parsi ialah Mantiq-al-Tayr oleh Muhammad Javad Mashkur. Lihat juga kritikan teks.
aide memoireaide memoireSains PolitikHubungan AntarabangsaCatatan yang dibuat berhubung dengan perbincangan yang telah diadakan antara pihak tertentu. Catatan ini biasanya diserahkan kepada pihak lawan dengan tujuan mengelakkan salah faham mengenai isu yang dibincangkan. Catatan ini tidak mempunyai kuasa yang boleh mengikat mana-mana pihak dalam sesuatu persetujuan melainkan kedua-dua pihak bersetuju berbuat demikian.
commonplace bookbuku catatan pengarangKesusasteraanTiadaBuku yang merakamkan idea menarik dan catatan pengembaraan dari segi perkataan, frasa atau petikan yang di kumpul untuk renungan atau kegunaan pengarangnya pada masa hadapan. Contohnya, Timber oleh Ben Jonson dan A Certain World oleh W.H. Auden. Contoh buku Melayu ialah Warkah Eropah oleh A. Samad Said dan Catatan ke Tanah Suci oleh Harun Aminurrashid.
content notecatatan kandunganPerpustakaanTiadaCatatan atau nota yang dimuatkan selepas tajuk bab, bahagian atau jilid di dalam entri katalog untuk menyatakan maklumat yang terdapat pada setiap halaman.
postscriptposskrip/catatan tambahanKesusasteraanTiadaCatatan tambahan yang dibuat oleh seorang penyalin di bahagian akhir sesebuah teks setelah teks tersebut selesai disalinnya.
12345678910...

Kembali ke atas