Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.tur] | چاتور

Definisi : sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut per­aturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur; bercatur 1. bermain catur: leka ia ~ juga dgn Si Kembang Cina; 2. bercorak spt petak-­petak papan catur: kain ~; mencatur ki menjadikan politik (ekonomi dll) sbg permainan: kini kita dicatur oleh institusi politik dan negara bangsa yg berbentuk moden; mempercaturkan ki memperlakukan siasah(ekonomi dll) spt catur: yg dipercaturkan ialah orang Melayu Sri Lanka yg sedang mengalami kepupusan identiti; caturan sulam yg berpetak-petak; percaturan 1. tempat bermain catur: 2. peri­hal bercatur (permainan catur); 3. ki permainan (siasah) politik: Pakistan memainkan peranan baru dlm ~ politik di Asia; pencatur 1. orang yg bermain catur: Kejohanan Olimpiad adalah medan pertama bagi ramai ~ remaja utk mencipta nama; 2. ki orang atau pihak yg mencatur atau mempercaturkan: beliau menjadi ~ orde keamanan dunia mengikut cita rasa serta kepentingan bangsanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tur] | چاتور

Definisi : (Sanskrit) empat (digunakan dlm kata­kata majmuk): ~ tunggal; ~ wangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tur] | چاتور

Definisi : permainan yg dimainkan oleh dua orang dgn menggunakan 32 buah atau orang-orangan dan papan yg berpetak-petak: buah ~ buah atau orang-orangan dlm permainan catur; papan ~ papan yg berpetak-petak (64 petak) yg digunakan sbg tempat meletakkan buah catur ketika bermain catur. pencatur orang yg bermain catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menghasilkan buku teknikal berkenaan catur yang merangkumi Undang-undang Catur, Garispanduan Menjayakan Pertandingan Catur, Sistem Pertandingan dan Penggunaan Program Didalam Penganjuran Catur. Kebanyakkan buku-buku reference adalah didalam bahasa Inggeris jadi saya bertujuan untuk mengolahnya kedalam Bahasa Malaysia/Melayu. Undang-undang Catur adalah sesuatu yang umum jadi, perlukah saya mendapat kebenaran dari mana-mana pihak untuk menerbitkannya untuk mengelak plagiarism. Juga, saya didalam usaha menerbitkan buku Belajar Bermain Catur kerana saya rasa tidak ada lagi buku sebegini didalam bahasa Malaysia/Melayu dan kalau ada pun, mungkin ia nya telah dicetak disekitar pertengahan 60an. Adakah DBP menyokong penerbitan buku-buku seperti ini dan apakah garis panduan yang perlu saya ikuti i.e. tebal buku (perlu kah ada minima/maksima muka surat), dan juga penggunaan bahasa kerana beberapa terma dan terjemahan perkataan tidak mungkin terdapat didalam Bahasa Malaysia/Melayu. Harap dapat penjelasanPihak kami mengalu-alukan hasrat Saudara untuk menulis buku tersebut. Pihak kami bersedia untuk mempertimbangkan penerbitan buku tersebut sekiranya Saudara menyerahkan manuskripnya nanti kepada DBP.  Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk bercetak,  dan juga dalam bentuk digital. Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan.  Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis buku. Tebal manuskrip bergantung kepada kandungan manuskrip yang Saudara tulis dan kepada siapa manuskrip tersebut ditujukan, dan tidak ada syarat khusus mengenainya.Lain-lain09.07.2012
apakah maksud dihamburkannya buah catur?

Hambur bermaksud membuang sesuatu merata-rata atau mengeluarkan banyak-banyak sesuatu benda. Berdasarkan makna yang tersebut ungkapan dihamburkannya buah catur (dalam permainan catur) kurang tepat kecuali jika ayat tersebut bermaksud mengeluarkan buah catur dengan banyak.

 

Tatabahasa29.04.2010
Adakah mencatur bermaksud bermain catur?Mencatur dan bermain catur membawa maksud yang berbeza. Mencatur bermaksud merancang dan mengatur (hidup, nasib dan sebagainya seseorang) dengan strategi tertentu untuk kepentingan tertentu. Manakala bermain catur pula merujuk kepada aktiviti bermain catur.Makna11.12.2021
Salam sejahtera, Tuan. 1. Apakah perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu? 2. Serangga yg berwarna-warni hinggap pada bunga itu dipanggil rama-rama @ kupu-kupu? 3. catur Cina @ catur cina? Huruf c bagi perkataan "cina" sepatutnya huruf besar @ kecil? 4. Ampun, tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. @ Ampun tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. ( selepas perkataan ampun sepatutnya letakkan tanda koma atau tidak) Terima kasih atas penjelasan Tuan.1. Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. 

2. Dalam konteks ini, nama yang lebih tepat ialah kupu-kupu.

3. Cina perlu dieja dengan huruf besar.

4. Ayat yang betul ialah: Ampun tuanku, patik akan menurut perintah tuanku. (koma selepas tuanku dan tidak perlu noktah)
Tatabahasa29.08.2020
Penggandaan yang betul sama ada Kelab-kelab Sukan Catur Daerah atau Kelab Sukan Catur Daerah-Daerah?. Perlukah gandaan pada perkataan kelab atau daerah untuk menunjukkan banyak?.Frasa yang betul ialah "Kelab Sukan Catur Daerah"Tatabahasa10.11.2022
Untuk permainan catur apakah istilah untuk Checkmate?. Sekian terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan checkmate dalam bahasa Melayu ialah mengemat.

Istilah22.01.2015
maksud atau makna teka silang kata dan caturTeka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dgn menggunakan huruf-huruf yang dicantum menjadi perkataan, biasanya diberikan soalan/pembayang untuk menjawab pada kotak-kotak yang disediakan. caturI sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut peraturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur;Makna05.09.2007
Saya ingin bertanya alih bahasa untuk permainan catur seperti berikut, dan adakah ayat didalam kurungan masih digunapakai? 1. Pawn (bidak) 2. Knight (kuda) 3. Bishop (gajah) 4. Rook (tir) 5. Queen (menteri) 6. King (raja) 7. Check (shah atau syah) 8. Checkmate (shahmat atau syahmat) 9. Castling 10. en passant Terima kasih

Berikut padanan yang sesuai untuk menjawab pertanyaan pihak tuan:
1. Pawn (bidak)
2. Knight (kuda)
3. Bishop (gajah)
4. Rook (tir)
5. Queen (menteri)
6. King (raja)
7. Check (mat)
8. Checkmate (mengemat)
9. Castling (tir)
10. en passant
(sambil lalu)

Tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my  dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain13.02.2018
salam sejahtera. Soalan: Arun dan kawannya berlatih bermain catur pada sesetengah petang. Adakah penggunaan kata bilangan "sesetengah" itu betul? Terima kasih.Perkataan "sesetengah" tidak betul digunakan dalan ayat tersebut dan boleh diganti dengan perkataan lain contohnya "waktu" petang / "sebelah"  petang.Tatabahasa24.07.2019
Apakah terjemahan sesuai untuk "castling" iaitu pergerakan dalam permainan catur?Kami mencadangkan "castling" diterjemahkan sebagai "pengetiran". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah29.05.2022
12

Kembali ke atas