Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.wan] | چاون

Definisi : bekas (bulat kecil, biasanya bertangkai) utk minum kopi dll, cangkir: ~ kopi; ~ pinggan perkakas-perkakas tembikar; bercawan-cawan beberapa banyak cawan: sudah ~ air saya minum, tetapi masih terasa dahaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.wan] | چاون

Definisi : mangkuk kecil bertangkai yg dibuat drpd tembikar dll utk bekas minum; cangkir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cawan

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(16)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
3. Bagaimankah penggunaan “mu” dan “kau”? Yang mana betul: a. Akalmu/ akal mu b. Ajarku/ ajar ku c. Kuajar/ ku ajar d. Kauterima/ kau terima e. Cawanku/ cawan ku f. Ambilkan kucawan/ ambilkan ku cawan/ ambilkanku cawanKata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan.Tatabahasa08.05.2007
Kami dihidangkan dengan kopi dari/daripada cawan yang berbeza. Assalamualaikum, manakah jawapan yang betul? Dari atau daripada? Cawan tu boleh dirujuk sebagai tempat atau tidak?

Jawapan yang betul ialah “Kami dihidangkan kopi dengan cawan yang berbeza”. Dalam konteks ayat tersebut, kata sendi nama “dengan” membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Selain itu, menurut Kamus Dewan Perdana, “cawan” bermaksud bekas kecil seakan-akan mangkuk dan bertangkai dan biasanya digunakan untuk minum kopi, teh dan sebagainya. Perkataan “cawan” dalam konteks ayat tersebut tidak boleh dirujuk sebagai “tempat”.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 280 dan Kamus Dewan Perdana halaman 396.

Tatabahasa19.09.2023
1) Adik minum susu dari cawan. Atau Adik minum susu dengan cawan. Ayat yang manakah adalah betul? 2) Saya makan nasi dengan sudu. (Adakah ayat ini betul dari segi penggunaan tatabahasanya)Ayat yang betul ialah 1. Adik minum susu dengan cawan. 2. Saya makan nasi dengan sudu.Tatabahasa20.01.2014
Yang mana satukah betul penggunaan tanda baca? Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu dan cawan. atau Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu, dan cawan.Penggunaan tanda baca yang betul ialah pada contoh ayat pertama:

...seperti roti, pisau, sudu dan cawan.
Tatabahasa01.04.2014
Kakak menggilap se------------- cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada se------------- kain buruk. A. buah...helai B biji.....cebisAyat yang betul - Kakak menggilap sebiji cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada sehelai kain buruk. Tatabahasa11.08.2010
1.apakah kesalahaan ayat ini? - cawan ialah bekas minuman. 2.bagaimanakah hendak digunakan ialah dan adalah? 3. yang manakah betul antara - sampah-sarap dengan sampah sarap

1. Cawan ialah bekas minuman - tidak mengandungi sebarang kesalahan.

2. "Ialah" digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama. Contohnya: Anak ialah anugerah Allah SWT, manakala "adalah" pula hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Contoh: Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta.

3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ke-4, perkataan yang betul ialah sampah sarap, tidak perlu diletakkan tanda sempang kerana perkataan sarap membawa makna tersendiri. 

 Terima kasih.       

Tatabahasa16.01.2008
tuan, saya ingin dapatkan kepastian tentang penjodoh bilangan bagi cawan. dalam khidmat nasihat pada 29.07.2007 dan 11.02.2015 jawapan yang diberi ialah buah tetapi jawapan yang diberikan pada 11.08.2010 jawapan yang diberi ialah biji. Jadi saya tak pasti mana yang betul, buah atau biji? Terima kasih.

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, penjodoh bilangan yang sesuai bagi cawan ialah biji. Contoh ayat, Semalam, saya membeli tiga biji cawan

Tatabahasa04.08.2021
Adakah perkataan mug (bahasa inggeris) yang bermaksud cawan atau kole telah dimasukkan dalam kamus bahasa Melayu?Entri "mug" ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan takrifnya adalah seperti yang berikut:


n 1 bekas bertangkai tanpa piring yg dibuat drp ayan, porselin, plastik dll, digunakan utk minum kopi, teh dsb yg saiznya lebih besar drp cawan; 2 ...
Lain-lain30.05.2021
Assalamualaikum & selamat sejahtera. Saya ingin bertanya perkataan 'menstrual cup' dalam Bahasa Melayu diterjemahkan sebagai apa? Cawan haid? Cawat haid? Atau bagaimana? Mohon penjelasan, terima kasih.Kami mencadangkan "menstrual cup" diterjemahkan sebagai "cecawan haid". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah15.11.2021
Apakah perbezaan antara kosong dan sifa ?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kosong bermaksud 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; manakala sifar pula ialah (angka) kosong.

Istilah21.10.2009
12

Kembali ke atas