Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.wan] | چاون

Definisi : bekas (bulat kecil, biasanya bertangkai) utk minum kopi dll, cangkir: ~ kopi; ~ pinggan perkakas-perkakas tembikar; bercawan-cawan beberapa banyak cawan: sudah ~ air saya minum, tetapi masih terasa dahaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.wan] | چاون

Definisi : mangkuk kecil bertangkai yg dibuat drpd tembikar dll utk bekas minum; cangkir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cawan

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(16)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPecah cawan pecah botol, Pecah menimpa kodi kain; Kalau abang nanti yang betul, Saya tidak mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaBeli gelas beli cawan, Untuk pagi Hari Raya; Tidakkah belas hati tuan, Melihat nasib hidup saya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina belayar kapal, Pecah cawan terantuk ke kemudi; Kait bunga galah tak sampai, Bunga biasa luruh sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan nak minum kopi, Satu cawan kita berdua; Kalau tuan rasa nak mati, Satu lubang kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan nak minum kopi, Satu cawan kita berdua; Kalau tuan rasa nak mati, Satu lubang kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan hendak berkebun, Air ngat dalam cawan; Kalau tuan pandai berpantun, Jangan bagi hangat hati kawan.
Kurik Kundi Merah SagaSehari-hari pergi berulang, Serbat diisi dalam cawan; Mengenang sahabat jauh di seberang, Lautnya luas memisahkan badan.
Kurik Kundi Merah SagaRotan batu simpul pulih, Pauh percik dalam cawan; Bagaimana hendak boleh, Tahan racik pintu awan.
Kurik Kundi Merah SagaMerpati telurnya hijau, Pecah sebiji di dalam cawan; Abang pergi ke langit hijau, Adik menanti di kaki awan.
Kurik Kundi Merah SagaMari sayang mari padiku, Beras direndam setengah cawan; Aduhai dayang buah hatiku, Rasa dendam setengah malam.
12

Kembali ke atas