Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.wan] | چاون

Definisi : bekas (bulat kecil, biasanya bertangkai) utk minum kopi dll, cangkir: ~ kopi; ~ pinggan perkakas-perkakas tembikar; bercawan-cawan beberapa banyak cawan: sudah ~ air saya minum, tetapi masih terasa dahaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.wan] | چاون

Definisi : mangkuk kecil bertangkai yg dibuat drpd tembikar dll utk bekas minum; cangkir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cawan

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(16)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concentrating cupcawan tumpuKejuruteraanTiadaCawan logam yang menempatkan katod pijar tiub sinar x yang memfokuskan aliran elektron secara elektrostatik pada anod.
focusing cupcawan fokusKejuruteraanTiadaCawan logam yang menempatkan katod pijar tiub sinar x yang memfokuskan aliran elektron secara elektrostatik pada anod.
measuring cupcawan sukatPentadbiran PerniagaanTiadaCawan untuk menyukat bahan cecair, kering dan lemak.
paper cupcawan kertasPentadbiran PerniagaanTiadaCawan daripada kertas yang boleh terus dibuang selepas digunakan.
fairy cupcawan langsuirBiologiMikologilih. cawan elf.
rubber cupcawan getahPergigianTiadaBur berbentuk cawan yang diperbuat daripada getah. Ia boleh digunakan bersama pes profilaksis untuk membersihkan gigi sebelum dan selepas rawatan. Bur ini juga boleh digunakan bersama pumis dan witing untuk menggilap restorasi logam.
Faraday cupcawan FaradayNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanCawan logam (konduktif) yang berfungsi untuk menangkap zarah yang bercas (pengumpul ion).
prophylactic cupcawan profilaksisPerubatanTiadaAlat pergigian berbentuk cawan kecil yang dipasangkan ke handpis, digunakan bersama pes profilaksis untuk membersihkan gigi.
cupcawan; lengkung; mangkuk; piala (P.JAS)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Cawan: Bekas minuman berbentuk mangkuk yang terbuka, biasanya mempunyai pemegang, tapak dan dasar.,2. Mangkuk: Bekas yang dalam daripada tembikar dan lain-lain mengisi lauk-pauk, nasi dan lain-lain.
cup anemometeranemometer cawanFizikMekanikAlat yang terdiri daripada empat cawan hemisfera pada hujung lengan yang berpangsi dan digunakan untuk mengukur kadar kelajuan angin dan juga arahnya.
1234567

Kembali ke atas