Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.wa.ngan] | چاوڠن

Definisi : 1. bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb): persatuan ini tidak dibenarkan menubuhkan ~-~nya di negeri lain; 2. cawang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.wa.ngan] | چاوڠن

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu yg lebih besar (spt pertubuhan dll); cabang: Pertubuhan itu mempunyai ~-~nya di luar bandar. 2 sungai kecil yg mengalir ke sungai besar; anak sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cawangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang susunan subjek dan pradikat seperti berikut: 1.Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Alumni LPP atau Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan atau Mesyuarat Agung Perwakilan Khas; 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Cawangan Tahunan; 4. Cawangan Alumni LPP Negeri Melaka atau Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka; 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP atau Jawatankuasa Alumni LPP Pusat; 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan Alumni LPP; 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri atau Alumni-alumni LPP Cawangan; 6.1. Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP.
2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan.
3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.
4. Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka.
5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP.
6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan ...
7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri.
Tatabahasa09.08.2018
Jabatan Kastam Di raja Malaysia mempunyai salah satu cawangan yang dinamakan Cawangan Penjenisan. Cawangan Penjenisan berperanan dalam menentukan kod tarif yang tertentu bagi sesuatu barangan. Kod tarif adalah “harmonized Commodity Description & Coding System, commonly known as HS Codes and ASEAN Harmonized Tariff Nomenclature (AHTN) were created for international use by the Custom Department to classify commodities when they are being declared at the custom frontiers by exporters and importers”. Untuk makluman, cawangan penjenisan lebih dikenali sebagai “classification unit/department” di negara-negara luar. Oleh yang demikian, JKDM berhasrat untuk menukar nama Cawangan Penjenisan kepada Cawangan Klasifikasi. Mohon khidmat nasihat pihak tuan tentang makna perbezaan “penjenisan” dan “klasifikasi” serta perkataan mana yang lebih tepat untuk menggambarkan bidang tugas cawangan tersebut.Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, penjenisan bermaksud perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menjeniskan, pembahagian kepada beberapa jenis. Klasifikasi pula bermaksud hal atau hasil membahagi-bahagikan sesuatu kepada beberapa kumpulan atau golongan mengikut ciri-ciri tertentu; pengelasan. Istilah  bahasa Melayu untuk "classification" ialah pengelasan atau klasifikasi. Berdasarkan penerangan di atas, "classification unit/department" boleh diterjemahkan kepada Unit Klasifikasi,  Bahagian Klasifikasi. Unit Pengelasan atau Bahagian Pengelasan.Istilah16.02.2017
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. 5. Ejaan yang betul bagi pejabat cawangan adakah ditulis dengan Pejabat Cawangan? 6. Ejaan yang betul bagi pejabat cawangan Muar adakah ditulis dengan Pejabat Cawangan Muar? 7. Ejaan yang betul bagi Unit Cap Keselamatan kawalan pintu keluar masuk / cawangan adakah ditulis dengan Unit Cap Keselamatan Kawalan Pintu Keluar Masuk/Cawangan? 8. Ejaan yang betul bagi pejabat perwakilan Malaysia di luar negara adakah ditulis dengan Pejabat Perwakilan Malaysia Di Luar Negara? 9. Penggunaan ejaan baru dan baharu. Apakah perbezaannya ejaan tersebut dan pada masa penggunaannya yang sesuai? 10. Ejaan yang betul bagi Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor adakah ditulis dengan Bahagian Keselamatan & Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor(a) Menurut data kami, ejaan yang betul ialah i. Pejabat Cawangan (pangkal perkataan ditulis dengan huruf besar sekiranya sebagai kata nama khas) ii. pejabat cawangan  (ditulis dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat).

(b) Ejaan yang betul ialah i. Unit Cap Keselamatan Kawalan Pintu Keluar Masuk ii. Unit Cap Keselamatan Kawalan Cawangan

(c) Ejaan yang betul ialah Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara (di- dieja dengan huruf kecil)

(d) Menurut data kami, baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just. Contoh penggunaan baharu  ialah Tahun baharu, kereta baharu atau rumah baharu. Manakala baru pula bolehlah digunakan dalam ayat seperti, baru-baru ini Pak mat kemalangan jalan raya atau baru sekejap tadi dia datang dengan ibunya, dan lain-lain lagi.

(e) Ejaan yang betul ialah Bahagian Keselamatan dan Pasport, Jabatan Imigresen Johor. (dan dieja dengan huruf kecil)
Lain-lain08.04.2019
1. Apakah perbezaan makna cawangan dan kaunter ? Adakah betul sekiranya menggunakan kenyataan sprt. berikut : Kita ada 24 buah kaunter di seluruh Selangor atau Kita ada 24 buah (penjodoh bilangan buah, sesuai atau tidak) cawangan di seluruh Selangor. Apa yang saya tahu kaunter adalah salah satu komponen di sebuah premis atau cawangan atau pejabat.Tambahan pula di cawangan,sekurang-kurangnya ada 3 kaunter . sekiranya begitu 24 x 3 = 72 kaunter. Harap pencerahan dari pihak DBP.

Salam saudara/saudari,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat cawangan merujuk kepada  bahagian daripada sesuatu yang lebih besar (daripada persatuan, pertubuhan dan syarikat.) Manakala kaunter membawa maksud meja panjang tempat melayani pertanyaan tetamu, tempat urus niaga dijalankan, tempat makanan disajikan kepada pelanggan atau barang-barang yang dipamerkan.

Penggunaan penjodoh bilangan 'buah' sesuai digunakan dalam kedua-dua konteks ayat.

Tatabahasa03.08.2012
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang perbezaan penggunaan istilah muamalat dan muamalah. Apakah istilah yang sesuai untuk digunapakai pada sesuatu institusi atau cawangan/bahagian, adakah *cawangan/bahagian muamalah atau muamalat. mohon pandangan.Tiada perbezaan makna antara istilah muamalat dengan muamalah, perbezaan hanyalah  istilah muamalat  merupakan bentuk jamak daripada muamalah. Kamus Dewan mentakrifkan mualalat dan muamalah sebagai segala urusan yang tergolong atau berkaitan dengan bidang kemanusiaan. Muamalat merupakan hubungan sosial yang terdiri daripada pelbagai aktiviti ekonomi dan bukan ekonomi.
Dari aspek teknikalnya muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan.
Makna07.05.2018
Salam DBP, "Perpindahan" Cawangan Alor Setar atau "Pemindahan" Cawangan Alor Setar? Mohon pencerahan dan berikan contoh ayat untuk penggunaan perkataan kedua-duanya. Terima kasih.

Perpindahan ialah hal berpindah, perihal perbuatan, kejadian berpindah, peralihan. 

Ayat Perpindahan Bank Islam Cawangan Alor Setar adalah ayat yang betul, jika tajuk pemakluman.

Pemindahan ialah perbuatan atau hal memindahkan, mengalihkan, secara fizikal dipindahkan.

Contoh ayat: Pemindahan Bank Islam Cawangan Alor Setar dari Jalan Desa ke Jalan Meranti akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2018.

Makna13.02.2018
saya berminat untuk menajdi penulis bebas, adakah sebarang bengkel yang dianjurkan oleh DBP cawangan sabah ?

Sekiranya sdr berminat mengikuti bengkel penataran penulis di DBP cawangan Sabah, sdr boleh menghubungi Puan Nelawati Ngadul, Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah di talian 088-439260.

Lain-lain04.06.2008
Selamat Sejahtera, Memohon jasa baik pihak DBP menyemak penggunaan nama cawangan baru kami, Perodua KL. Cadangan kami: 1. Perodua Cawangan Kuala Lumpur 2. Perodua Kuala Lumpur 3. Perodua - Kuala Lumpur Terima KasihCadangan nama yang sesuai untuk menyatakan maksud  penubuhan bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb) ialah "Perodua Cawangan Kuala Lumpur"Lain-lain09.10.2017
Apa peranan DBP Cawangan Sarawak?Sejak penubuhannya, DBP Cawangan Sarawak memainkan peranan yang penting dalam pengendalian hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan sastera di negeri ini. Antara peranan yang penting ialah: 1. Melaksanakan kegiatan yang mengarah kepada peluasan, peningkatan penggunaan dan kejayaan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal. 2. Melaksanakan kegiatan-kegiatan kesusasteraan yang membantu ke arah: Membina bakat penulisan dan memupuk minat serta penghayatan sastera kebangsaan di Sarawak. Memperbanyak hasil dan bahan untuk diterbitkan dalam bahasa kebangsaan serta meningkatkan mutu sastera kebangsaan di Sarawak. 3. Mendapatkan bahan-bahan penerbitan dalam Bahasa Melayu daripada sumber budaya Sarawak yang sesuai untuk diterbitkan.Lain-lain12.11.2007
Apakah ada cawangan DBP di Machang?

Untuk makluman puan, pejabat cawangan DBP di Wilayah Timur ialah di Kota Bharu, Kelantan. Puan boleh berhubung dengan pejabat DBP Wilayah Timur berdasarkan maklumat yang berikut:

Alamat:

Lot 107 - 109, Seksyen 26,
Jalan Abdul Kadir Adabi,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
Telefon:
09 - 7475 656
Faks:
09 - 7475 252
Lain-lain03.07.2011
12345678910...

Kembali ke atas