Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cé.do/] | چيدوق

Definisi : /cédok/; mencedok 1 mengambil sesuatu dgn gayung (cebok, senduk dsb): ~ gulai dgn senduk. 2 ki meniru atau mengambil drpd karangan orang lain; memplagiat. pencedok alat utk mencedok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cedok

Puisi
 

Sayang perigi tengah laut,
     Cedok mari kulit lokan;
Tuan pergi berombak laut,
     Saya di rumah mengira bulan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan menceduk wujud? apakah maksudnya?Menurut Kamus Dewan, ceduk bermaksud cekung (pipi, mata, dll). Cedok bermaksud mengaut atau mengambil dengan senduk (cebok, gayung dll). Perkataan menceduk tidak wujud, sebaliknya perkataan mencedok wujud.Makna21.11.2012
Adakah betul secara istilahnya menggunakan perkataan 'mengaut' didalam konteks ayat ini. Saya mengaut air sungai dengan baldi . saya berpendapat mencedok tidak tepat jika digunakan dengan kata nama baldi kerana cedok adalah untuk kuantiti yang sedikit seperti sendok atau cetung. Mohon jawapan dan nasihat.Lazimnya perbuatan mengaut dilakukan dengan tangan (mengumpulkan dengan tangan), seperti mengaut pasir di pantai. Oleh itu, kata mengaut tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa20.09.2011

Kembali ke atas