Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ka] | چکا

Definisi : Kl; menceka memegang kuat dgn tangan, mencengkam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceka


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Acalypha indicaCika MasPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae ini juga dikenali sebagai kucing galak, ceka emas dan lis-lis. Ia jenis pokok herba 30 cm tinggi dalam famili Euphorbiaceae. Tumbuhan ini mempunyai daun ringkas, berbentuk ovat dan tepi daun bergerigi serulat. Jambak bunganya jenis spika mengandungi bunga bersaiz kecil. Tumbuhan ini hidup liar sebagai rumpai di kawasan terbuka dan tanah berpasir. Keseluruhan pokok yang telah ditumbuk lumat digunakan untuk merawat penyakit kulit, bisa gigitan ular dan luka. Air rebusan pokok digunakan sebagai ubat kumur untuk merawat ulser mulut, mandian lepas bersalin dan diminum oleh kaum lelaki sebagai afrodisiak. Air rebusan akar diminum untuk mengubati lenguh-lenguh badan dan kencing manis.
Acalypha indicacika masHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai kucing galak, ceka emas dan lis-lis. Tumbuhan yang boleh mencapai 30 cm tinggi ini mempunyai daun ringkas, berbentuk ovat dan tepi daun bergerigi serulat. Jambak bunganya jenis spika mengandungi bunga bersaiz kecil. Tumbuhan ini hidup liar sebagai rumpai di kawasan terbuka dan tanah berpasir. Keseluruhan pokok yang telah ditumbuk lumat digunakan untuk merawat penyakit kulit, bisa gigitan ular dan luka. Air rebusan pokok digunakan sebagai ubat kumur untuk merawat ulser mulut, mandian selepas bersalin dan diminum oleh kaum lelaki sebagai afrodisiak. Air rebusan akarnya diminum untuk mengubati lenguh badan dan kencing manis.

Kembali ke atas