Nabi Sulayman a.s. Nama penuh baginda ialah
Sulayman ibn Daud ‘Alaihimassalam yang berasal
dari keturunan Yahudha ibn Ya’kub ibn Ishaq. Nabi
Allah Daud a.s. mewasiatkan kekuasaan kepada Nabi
Sulayman a.s. selepas kewafatan Nabi Daud a.s. Oleh
itu, selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulayman
melaksanakan wasiat tersebut. Pada ketika itu Nabi
Sulayman a.s. baru berusia 13 tahun. Meskipun
usianya masih terlalu muda, Nabi Allah Sulayman
seorang yang bijaksana, cekap dalam urusan
pentadbiran dan memiliki pendapat yang bernas
untuk memutuskan sesuatu hukum. Sebagai contoh
Nabi Allah Sulayman telah memberi pendapatnya
berkenaan bercucuk tanam seperti yang diceritakan
dalam al-Qur'an. Begitu juga, dalam mengeluarkan
fatwa apabila berlaku perselisihan pendapat antara
dua orang perempuan tentang kedudukan kanak-
kanak dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhariy dan Muslim. Nabi Allah Sulayman
membina Baitulmaqdis selepas empat tahun dilantik
sebagai raja dan pembinaannya siap dalam masa
tujuh tahun. Nabi Allah Sulayman juga telah
mendirikan benteng di sekeliling kota Baitulmaqdis.
Selepas 13 tahun pembinaan kota tersebut, Nabi
Sulayman a.s. turut mendirikan Istana Raja pula.
Bahkan Nabi Sulayman a.s. mendirikan tempat
penyembelihan binatang korban.