Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.kap] | چکڤ

Definisi : 1. boleh, dapat, mampu, sanggup: setelah ia ~ berdiri sendiri, keluarlah ia dr rumah itu; 2. dapat (berkebolehan) melaksanakan sesuatu (kerja dll) dgn cepat dan sem­purna, pandai, mahir: ada beberapa ekor monyet yg betul-betul ~ bermain tunggang balik; kerja demikian memerlukan pekerja yg tekun dan ~; ia juga cukup ~ menyumpit; 3. elok, cantik, rupawan: mahasiswa-mahasiswa suka bercakap-cakap dgn gadis yg ~ itu; 4. lekas, pantas, tangkas: tangan Mawi lebih ~, pantas spt kilat; bercekap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu); mencekapkan menjadikan (bertambah) cekap; mempercekap menjadikan lebih (bertambah) cekap; kecekapan 1. kesanggupan, kemampuan; 2. kebolehan melakukan sesuatu (spt kerja dll) dgn cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. kepan­tasan membuat sesuatu (berfikir dll); ketidakcekapan perihal (sifat dsb) tidak cekap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.kap] | چکڤ

Definisi : 1 mampu atau sanggup (melakukan sesuatu): Setelah ~ terbang, barulah burung-burung itu dpt mencari makan sen­diri. 2 pandai; mahir: Misbun merupakan pemain badminton yg ~. kecekapan 1 kemampuan atau kesanggupan membuat sesuatu. 2 keadaan atau hal cekap; kemahiran atau kepandaian membuat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekap

Peribahasa

Takkan rintang rusa oleh tanduknya.

Bermaksud :

Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
mudik ke sungai dari laut untuk membiak. Contohnya, ikan salmon. (BIO) anaemia (anemia) Penyakit yang dicirikan oleh kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dalam sel darah merah. Akibatnya darah kurang cekap mengangkut oksigen menyebabkan tisu mengalami kekurangan oksigen. Anemia boleh juga diaki - batkan oleh perdarahan yang berlebihan. (BIO, KIM, UBAT) anaerobe (anaerob) Organisma yang tidak memerlukan oksigen bebas untuk melakukan respirasi digunakan di sesetengah kawasan yang perkembangan teknologi petroleumnya agak lambat. (KEJ) handshaking (berjabat tangan) Proses pertukaran maklumat kawalan antara satu sistem dengan sistem yang lain untuk mewujudkan perhubungan. (KOM) handy (cekap tangan) Sebarang sambungan yang boleh dilonggarkan dan/atau dibuka dengan meng- gunakan tangan. Contohnya, sambungan paip atau skru. (KEJ) hanging dam (empangan gantung) Penimbunan jejarum ais di bawah tutup ais

Kembali ke atas