Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.kap] | چکڤ

Definisi : 1. boleh, dapat, mampu, sanggup: setelah ia ~ berdiri sendiri, keluarlah ia dr rumah itu; 2. dapat (berkebolehan) melaksanakan sesuatu (kerja dll) dgn cepat dan sem­purna, pandai, mahir: ada beberapa ekor monyet yg betul-betul ~ bermain tunggang balik; kerja demikian memerlukan pekerja yg tekun dan ~; ia juga cukup ~ menyumpit; 3. elok, cantik, rupawan: mahasiswa-mahasiswa suka bercakap-cakap dgn gadis yg ~ itu; 4. lekas, pantas, tangkas: tangan Mawi lebih ~, pantas spt kilat; bercekap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu); mencekapkan menjadikan (bertambah) cekap; mempercekap menjadikan lebih (bertambah) cekap; kecekapan 1. kesanggupan, kemampuan; 2. kebolehan melakukan sesuatu (spt kerja dll) dgn cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. kepan­tasan membuat sesuatu (berfikir dll); ketidakcekapan perihal (sifat dsb) tidak cekap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.kap] | چکڤ

Definisi : 1 mampu atau sanggup (melakukan sesuatu): Setelah ~ terbang, barulah burung-burung itu dpt mencari makan sen­diri. 2 pandai; mahir: Misbun merupakan pemain badminton yg ~. kecekapan 1 kemampuan atau kesanggupan membuat sesuatu. 2 keadaan atau hal cekap; kemahiran atau kepandaian membuat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekap

Peribahasa

Takkan rintang rusa oleh tanduknya.

Bermaksud :

Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bravurabravura; cekapKesenianTiada2. Cekap: Teknik yang baik untuk persembahan yang cekap. Sinonim dengan istilah bravoure.
efficient setset cekapPentadbiran PerniagaanTiadaSet portfolio cekap yang terletak atas sempadan cekap.
inefficient portfolioportfolio tak cekapPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio yang tidak memenuhi kriteria portfolio cekap dan oleh itu, tidak berada di atas sempadan cekap.
corner portfolioportfolio sudutPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio cekap yang mengandungi aset, yang jika digabungkan dengan portfolio di sudut cekap, akan menghasilkan portfolio yang juga cekap.
public administrative reformpembaharuan pentadbiran awamPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha untuk mengubah suai atau memperbaharui sistem jentera pentadbiran daripada kurang cekap kepada yang lebih cekap dan berkesan. Dror (1976) menyifatkan reformasi atau pembaharuan ini sebagai satu usaha untuk membuat pembaharuan yang disengajakan, yang berkaitan dengan beberapa aspek dalam sistem pentadbiran. Biasanya, reformasi diperlukan untuk menyelaraskan kehendak persekitaran semasa yang sentiasa berubah-ubah di samping mempertingkatkan dinamika organisasi serta mengambil peluang daripada kemajuan yang berlaku. Antara faktor penyebab berlakunya reformasi ialah taraf pendidikan yang semakin meningkat, pertambahan bilangan penduduk, desakan awam, peningkatan teknologi, era globalisasi, persaingan ekonomi dan sebagainya.

energy efficient vehicle (EEV)kenderaan cekap tenaga (KCT)Kejuruteraan AutomotifTiadaKenderaan yang memenuhi suatu garis panduan dari segi tahap pelepasan karbon (g/km) dan penggunaan bahan api (l/100km). Kenderaan cekap tenaga termasuklah kenderaan yang cekap penggunaan bahan api, hibrid, kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan yang menggunakan bahan api alternatif.
excess burdenbeban berlebihanEkonomiTiadaTambahan beban cukai yang ditanggung oleh unit-unit ekonomi akibat daripada pelaksanaan cukai yang tidak optimum atau tidak cekap. Cukai yang tidak cekap ini ialah cukai yang mengherotkan harga relatif. Ini bererti cukai tersebut menimbulkan kesan penggantian dan kesan pendapatan, manakala cukai optimum hanya menimbulkan kesan pendapatan sahaja kerana cukai optimum tidak mengherotkan harga relatif.
court craftcekap kawal gelanggang.SukanTiadaPergerakan yang cekap dan pantas mengawal gelanggang.
bravoure (F)cekapKesenianTiadaTeknik yang baik untuk persembahan yang cekap.
efficient portfolioportfolio cekapPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio yang berada dalam lingkungan set cekap yang menawarkan kepada pelabur pulangan terjangka maksimum pada pelbagai tahap risiko dan risiko minimum pada pelbagai tahap pulangan terjangka.
12345678910...

Kembali ke atas