Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.kau] | چکاو

Definisi : ; mencekau 1. menangkap (memegang, mengambil) dgn tangan (cakar, mulut); 2. ki cari, ambil: di mana aku hendak ~ malam-malam buta ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.kau] | چکاو

Definisi : ; mencekau 1 menangkap atau mengambil sesuatu dgn tangan (cakar). 2 ki mencari atau mendapatkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
grab samplingPertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna atau padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu, padanannya ialah persampelan cekau (bidang kejuruteraan). Maksudnya pengambilan sampel tunggal bagi air, sisa dan udara yang diambil dalam tempoh yang singkat. Sampel ini tidak mewakili kadar panjang pada tapak persampelan.Lain-lain22.08.2010
apakah terjemahan bagi "claw machine"?Padanan bahasa Melayu bagi istilah claw machine ialah mesin cekau. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah15.02.2024
Bagaimana saya nak terjemahkan perkataan ini, GRAB BAR yang merujukm kepada batang besi yang di pasangkan pada dinding untuk membantu orang yang sakit atau lemah berjalan sambil berpaut atau berpegang padanya.Kami mencadangkan "grab bar" diterjemahkan sebagai "bar cekau", "bar genggam" atau "bar cengkam", bergantung kepada bentuk bar, batang besi atau palang tersebut serta konteks dan konsep penggunaannya.Istilah14.07.2020

Kembali ke atas