celopar | 1 banyak bercakap; cerewet: ~ sungguh gadis itu sehingga hal-hal peribadinya pun diceritakan kpd orang lain. 2 = ~ mulut bercakap sesuka hati; lancang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
celopar mulut | bercakap ikut sesuka hati sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celopar | 1. banyak bercakap; cerewet: ~ sungguh gadis itu sehingga hal-hal peribadinya pun diceritakan kpd orang lain. 2. = ~ mulut bercakap sesuka hati; lancang | Kamus Pelajar |
celopar | 1. banyak cakap, cerewet; 2. = ~ mulut bercakap ikut sesuka hati sahaja; keceloparan perihal celopar: dia berharap agar Irwan telah pulih drpd tersinggung akibat ~ mulut Abon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keceloparan | perihal celopar: dia berharap agar Irwan telah pulih drpd tersinggung akibat ~ mulut Abon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lincir lidah (mulut) | a. lancar berkata-kata. b. celopar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketelanjuran | perihal telanjur, keterlaluan: dia menyesal atas ~nya mengeluarkan kata-kata celopar yg tidak selayaknya itu; ® lanjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencili | bp menyentalkan, menenyehkan atau menyapukan cili, terutamanya pd mulut seseorang: dah dicilinya mulut anaknya yg celopar itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lincir | licin atau galir (bkn pergerakan mesin dll); lancar (bkn percakapan dll). ~ lidah (mulut) a. lancar berkata-kata. b. celopar. melincirkan menjadikan lincir; melicinkan (pergerakan mesin dll); menggalirkan. pelinciran perihal atau perbuatan melincirkan. pelincir sesuatu yg digunakan utk melicinkan perjalanan mesin dll: minyak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lancang I | 1 tergesa-gesa mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu sehingga menyebabkan orang lain berasa sakit hati dsb; celopar: Mengapa mulut kamu begitu ~? 2 kurang sopan terhadap orang tua dsb. kelancangan keadaan atau sifat lancang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |