Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cem.bul] | چمبول

Definisi : 1. tempat gambir (pinang, kapur, dll) yg dibuat drpd logam (ditaruh dlm tepak atau puan); 2. = ~ pedang kepala hulu pedang yg bulat mungkum bentuknya; ~ dapat tutupnya = laksana ~ dgn tutupnya prb bersetuju (sesuai) benar antara satu dgn yg lain (cocok sekali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.bul] | چمبول

Definisi : tempat gambir (pinang, tembakau dsb) yg dibuat drpd logam dan diletakkan di dlm tepak sirih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cembul

Peribahasa

Cembul dengan tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai dulang dengan tudung saji.Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cembul dengan tutupnya.Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Seperti telap dengan tudungnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai cembul dapat tutupnya.Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti telap dengan tudungnya.Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Cembul dengan tutupnya). telap (telepa) = tempat bau-bauan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas