Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.mer.lang] | چمرلڠ

Definisi : 1. bersinar (bercahaya) dgn terang, berkilauan, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ pd malam itu; 2. ki indah (elok) sekali: jangan lekas percaya pd janji-janji yg ~ dan kata-kata yg bergula; 3. ki (bkn kejayaan, keputusan peperiksaan, dsb) sangat baik: kejayaan ~; mencemerlangkan menjadikan sesuatu cemerlang, menggemilangkan: cita-citanya utk ~ seni budaya tempatan akan menjadi kenyataan; kecemerlangan ki keelokan, keindahan, kegemilangan: nyanyian itu menyimpan sejarah ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mer.lang] | چمرلڠ

Definisi : 1 bercahaya dgn terang; berkilauan; gilang-gemilang. 2 ki sangat indah (elok): Jangan terlalu mengharapkan janji-janji yg ~. 3 sangat baik (ttg kejayaan, keputusan peperiksaan dsb): Ali mendapat kejayaan yg ~ dlm pepe­riksaan yg lalu. kecemerlangan hal atau keadaan cemerlang; kegemilangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemerlang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana yang betul penggunaannya? ...dia mencapai Taraf Cemelang ... dia mencapai taraf cemerlang. ... diak mencapai taraf Cemerlang.Ayat yang betul ialah "dia mencapai taraf cemerlang".Tatabahasa12.06.2012
Apakah maksud remaja cemerlang?Pelajar cemerlang ialah pelajar yang mendapat kejayaan atau menerima keputusan peperiksaan yang sangat baik.Makna18.03.2012
Soalan : Mak Siti memuji anaknya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Apakah jawapan ayat pasif yang sesuai? Anak Mak Siti dipuji olehnya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. ATAU Anaknya dipuji oleh Mak Siti kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Tolong berikan penjelasan, terima kasih.Ayat pasif bagi ayat "Mak Siti memuji anaknya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM" ialah "Anaknya dipuji Mak Siti kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM". Hal ini disebabkan ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411.Tatabahasa30.07.2015
"WORDING" UNTUK SIJIL ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PERINGKAT NEGERILOGO Tajuk : "Sijil Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri ........." Teks : Dianugerahkan kepada ......................................... Atas Pencapaian Cemerlang dalam Peperiksaan .............. .................................... (Tandatangan) Pengarah Jabatan NegeriLain-lain15.11.2007
Yang mana lebih tepat: a) Anugerah kelas cemerlang dimenangi oleh darjah 1 Delima. b) Anugerah kelas cemerlang dimenangi oleh Darjah satu Delima.Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat Anugerah kelas cemerlang dimenangi oleh Darjah 1 Delima.Ejaan06.03.2012
Adakah perkataan itqan boleh digunakan bagi maksud cemerlang. Contohnya Budaya Kerja Itqan sebagai menggantikan maksud Budaya Kerja Cemerlang. kata Itqan semakin mendapat tempat di kalangan motivator dan penceramah agama. Adakah ia sudah diterima dalam kamus dewan?Budaya Kerja Cemerlang sudah mantap penggunaanya. Perkataan Itqan belum diterima di dalam Kamus Dewan. Pengguna seharusnya menggunakan perkataan bahasa Melayu yang mantap tanpa menggunakan perkataan bahasa asing.Tatabahasa29.03.2013
skrg byk sekolah adakan majlis anugerah. boleh jelaskan mana yg tepat? 1. majlis anugerah pelajar cemerlang 2. hari anugerah pelajar cemerlang 3. majlis anugerah kecemerlangan pelajar 4. atau ada cadangan nama lain yg lebih tepat?Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang atau Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar atau Majlis Anugerah Kecemerlangan.
Tatabahasa20.11.2017
"melahirkan pelajar cemerlang hendaknya."adakah ayat ini betul dan sesuai digunakan untuk pantun?Ayat tersebut bukanlah satu ayat yang lengkap, tidak ada subjek yang menjadi pokok perbincangan dalam ayat. Jika hendak digunakan dalam pantun perlu ada kesinambungan dengan baris yang menjadi pasangannya (pembayang atau maksud).Tatabahasa15.05.2013
Sebagai guru cemerlang Bahasa Melayu, saya menghadapi kesukaran untuk menjawab dengan jelas pertanyaan guru-guru bahasa Melayu mengenai perbezaan penggunaan imbuhan 'memper.....' dan 'memper.....kan'. Terdapat ada kata nama dan kata kerja yang menggunakan imbuhan 'memper....kan'. Imbuhan ' memper.....' khusus utk kata adjektif difahami, tetapi bagi kata nama dan kata kerja.

Perbezaan antara memper- dengan memper-...-kan dibincangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 10, (e) awalan memper- digunakan dengan kata adjektif telah saudara fahami. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan pada halaman tersebut di atas dan rujuk juga halaman 177 untuk lebih memahami awalan memper....

Tatabahasa13.02.2009
apakah yang dimaksudkan dengan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' dan apakah skop petikan ini?Slogan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' merupakan slogan penting dalam usaha menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju, gemilang dan terbilang. Bermula dengan bahasa kebangsaan, menurut Pendeta Za'ba : 'Bahasalah yang akan dapat menambah kepandaian ilmu bangsanya kerana hanya bahasa yang boleh menjadikan manusia berilmu dan berakal'. Menurut Dato' Dr Hassan Ahmad : 'Asas pembangunan dan kemajuan negara kita bergantung pada setakat manakah bangsa kita mempunyai kekuatan dan keupayaan ilmu dan pengetahuan untuk menciptakan kemajuan itu dalam dan melalui bahasa kita. Kita tidak boleh bergantung selama-lamanya pada ilmu yang diimport sahaja kerana kadang-kadang ilmu yang diimport dari luar itu tidak dapat disesuaikan dengan keadaan kita, dengan keperluan, tujuan dan matlamat pembangunan kita'. Oleh itu, melalui penguasaan bahasa kebangsaan yang cemerlang khususnya dalam mengejar ilmu pengetahuan, akan menjadikan bangsa kita gemilang, yang impaknya amat besar dalam  pembinaan negara-bangsa terbilang.Lain-lain23.02.2008
12345678910...

Kembali ke atas