Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cem.pa.ka] | چمڤاک

Definisi : I sj tumbuhan (pokok yg wangi bau bunganya), a) Gardenia spp.; b) Michelia champaca; c) Plumeria spp.; ~ biru sj tumbuhan (pokok), bunga kemboja, bunga kubur, Plumeria acutifolia; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok), Gardenia griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga akar kuning, Allamanda cathartica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.pa.ka] | چمڤاک

Definisi : sj permata yg kuning muda warnanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.pa.ka] | چمڤاک

Definisi : nama sj pokok atau bunganya (bunganya berbau wangi serta panjang kelopaknya), Gardenia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cempaka

Puisi
 

Bunga cempaka digubah intan,
     Pecah kelopak di dalam perahu;
Surat dibuka dari lipatan,
     Seorang makhluk jangan diberitahu.


Lihat selanjutnya...(21)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAJA OMAR

RAJA OMAR ( ? -1721), Sultan Jembal (1675/1686-1721). Mengikut sumber sejarah Kelantan, pada awal abad ke-17, ada sebuah negeri atau kerajaan bernama Jembal di Kelantan. Pada tahun 1638, Jembal diperintah oleh seorang raja bernama Raja Sakti. Baginda mempunyai empat orang putera, iaitu Raja Loyor, Raja Bahar, Raja Omar dan Raja Sungai serta tiga orang puteri, iaitu Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melor dan Puteri Cempaka Bongsu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas