Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cem.pa.ka] | چمڤاک

Definisi : I sj tumbuhan (pokok yg wangi bau bunganya), a) Gardenia spp.; b) Michelia champaca; c) Plumeria spp.; ~ biru sj tumbuhan (pokok), bunga kemboja, bunga kubur, Plumeria acutifolia; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok), Gardenia griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga akar kuning, Allamanda cathartica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.pa.ka] | چمڤاک

Definisi : sj permata yg kuning muda warnanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.pa.ka] | چمڤاک

Definisi : nama sj pokok atau bunganya (bunganya berbau wangi serta panjang kelopaknya), Gardenia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cempaka

Puisi
 

Bunga cempaka digubah intan,
     Pecah kelopak di dalam perahu;
Surat dibuka dari lipatan,
     Seorang makhluk jangan diberitahu.


Lihat selanjutnya...(21)

Pantun

PantunSumberTema
Cempaka putih cempaka biru, Buat sunting bunga delima; Masa ayah menganyam nyiru, Angkit dengan tindih lima.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau cempaka kurang berbunga, Tanda uratnya sudah membusuk; Kalaulah derhaka ke orang tua, Dunia akhirat kan kena kutuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bunga cempaka bunga pilihan, Digemari oleh tua dan muda; Tanda orang tua sempurna iman, Hati bersih muka bercahaya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bunga cempaka baunya wangi, Pucuknya lebat kelopak mekar; Tanda orang tua tahukan diri, Duduk beradat tegaknya benar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bunga cempaka digubah intan, Pecah kelopak di dalam perahu; Surat dibuka dari lipatan, Seorang makhluk jangan diberitahu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sayang cempaka berbunga biru, Ditimbang akan burung garoda; Dipandanglah mata menahan rindu, Kutimbang akan jodoh bersama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang cempaka dipukul ribut, Jatuh mari tanah seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pohon cempaka bunga yang harum, Tanaman budak di luar kota; Berpandang berjumpa belum, Di dalam hati sangat bercinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga cempaka dipukul ribut, Dibawa orang ke tanah seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga cempaka baunya harum, Ditanam orang di dalam kota; Berpandang rupa bertemu belum, Di dalam hati sangat bercinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas