Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cem.pa.ka] | چمڤاک

Definisi : I sj tumbuhan (pokok yg wangi bau bunganya), a) Gardenia spp.; b) Michelia champaca; c) Plumeria spp.; ~ biru sj tumbuhan (pokok), bunga kemboja, bunga kubur, Plumeria acutifolia; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok), Gardenia griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga akar kuning, Allamanda cathartica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.pa.ka] | چمڤاک

Definisi : sj permata yg kuning muda warnanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.pa.ka] | چمڤاک

Definisi : nama sj pokok atau bunganya (bunganya berbau wangi serta panjang kelopaknya), Gardenia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cempaka

Puisi
 

Bunga cempaka digubah intan,
     Pecah kelopak di dalam perahu;
Surat dibuka dari lipatan,
     Seorang makhluk jangan diberitahu.


Lihat selanjutnya...(21)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCempaka putih cempaka biru, Buat sunting bunga delima; Masa ayah menganyam nyiru, Angkit dengan tindih lima.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cempaka digubah intan, Pecah kelopak di dalam perahu; Surat dibuka dari lipatan, Seorang makhluk jangan diberitahu.
Kurik Kundi Merah SagaSayang cempaka berbunga biru, Ditimbang akan burung garoda; Dipandanglah mata menahan rindu, Kutimbang akan jodoh bersama.
Kurik Kundi Merah SagaSayang cempaka dipukul ribut, Jatuh mari tanah seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaPohon cempaka bunga yang harum, Tanaman budak di luar kota; Berpandang berjumpa belum, Di dalam hati sangat bercinta.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cempaka dipukul ribut, Dibawa orang ke tanah seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cempaka baunya harum, Ditanam orang di dalam kota; Berpandang rupa bertemu belum, Di dalam hati sangat bercinta.
Kurik Kundi Merah SagaBuah cempaka digoyang ribut, Jatuh mari Laut Semarang; Di mulut naga abang kurebut, Inikan pula di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaPutik nanas bunga cempaka, Ketiga dengan bunga kenanga; Tuan emas saya tembaga, Manakan boleh duduk bersama.
Kurik Kundi Merah SagaLangit biru apa tongkatnya? Bunga cempaka kembang biru; Hidup dunia apa hakikatnya? Pintu neraka sedia menunggu.
123

Kembali ke atas