Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.cang] | چنچڠ

Definisi : tetak kecil-kecil atau halus-halus (dgn parang, golok, dll); ~ dua segeragai prb dgn sekali lalu dua pekerjaan dibuat; bercencang sudah dicencang; mencencang 1. menetak (memenggal-menggal) sesuatu kecil-kecil atau halus-halus: ~ daging; 2. ki membunuh dgn menetak dgn parang dsb: ~ mangsanya dgn sebilah parang; air dicencang, tiada putus prb perselisihan antara saudara akhirnya berbaik juga; ~ memampas, membunuh membangun prb yg bersalah mesti diberi hukuman yg sewajarnya; sepandai-pandai ~, landasan juga yg habis prb walaupun banyak pertolongan, orang yg membuat kenduri (kahwin) juga yg banyak berhabis; tercencang tertetak; ~ puar, tergerak andilan prb seorang dianiaya, semua kaumnya marah; cencangan sesuatu yg sudah dicencang; pencencang alat utk mencencang: ~ sayur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.cang] | چنچڠ

Definisi : Mn; ~ latih sawah (ladang) yg dibuka sendiri (jadi hak milik orang yg membuka­nya); mencencang = ~ melatih membuka tanah utk dijadikan ladang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.cang] | چنچڠ

Definisi : ; ~ rebung sj ikan laut, Clupeioides lile. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.cang] | چنچڠ

Definisi : ; mencencang 1 memotong sesuatu sehingga menjadi halus-halus; menetak berkali-kali: Tukang masak itu sedang ~ daging. 2 ki membunuh secara menetak dgn parang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cencang

Peribahasa

Cencang putus,
     biang tembuk.

Bermaksud :

Putusan yang mengikat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan makna perkataan cincang dan cencang?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cencang bermaksud tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Cincang juga mempunyai maksud yang sama dengan cencang, iaitu  tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Maksud cincang yang lain ialah 1. sj tumbuhan (pokok), cungkil, kabau, semincang, terentang bulit, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), cungkil, belakang ular, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus.Makna03.04.2012
daging cincang ATAU daging cencang......yang mana betul?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, cincang dan cencang mempunyai maksud yang sama. Dalam pangkalan data kamim juga terdapat kedua-dua istilah tersebut. Oleh itu, daging cincang dan daging cencang adalah betul.Istilah26.04.2012
peribahasa air dicincang/dicencang takkan putus? penggunaan kata cincang betul atau cencang betul? mohon jelaskan. terima kasihDalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, cencang air tidak putus..., perkataan yang betul ialah cencang.Tatabahasa27.04.2013
Cencang atau cincang? Sotong gurita atau sotong kurita? Peha atau paha?Jawapan:

1. Cencang dan cincang = cengang
2. Sotong gurita atau sotong kurita = sotong gurita
3. Peha atau paha? = paha
Lain-lain28.10.2015
apa perbezaan makna perkataan: 1) catit, catat 2) cencang, cincang 3) adalah, ialah1.catit sama makna dengan catat yang membawa maksud menulis atau merakamkan sesuatu. 2.cincang = sejenis tumbuhan, cungkil 3.cencang = tetak kecil-kecil atau halus dengan parang. 4.kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama manakala adalah hadir di hadapan frasa adjektif.Tatabahasa31.07.2007
Dia mencencang daging itu hingga lumat / Dia mencincang daging itu hingga lumat?Dia mencencang daging itu hingga lumat. Lihat cencang">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cencang dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cincang untuk maklumat lanjut.Tatabahasa15.02.2012
soalan 1 Apakah beza antara kerat, potong,belah,cencang,cincang,rambah,cantas,memangkas bolehkah terangkan satu persatu. soalan 2 Adakah ayat ini betul. a)Dia tengah sedap melayan rancangan televisyen b)Di jalan mana kemalangan itu berlaku,Pak Mat? c)Anas sudah boleh bertutur dengan jelas. d)Jambatan yang roboh itu sudah di bina semula. e)"Makanlah nasi itu,nanti dingin pula,"kata ibu.1. Kerat sama makna dengan potong atau penggal. Belah bermaksud pecad dua atau tiga dan sebagainya. Cincang sama dengan cencang, iaitu  tetak kecil-kecil atau halus-halus. Rambah bermaksud menebas atau menebang. Cantas sama dengan memangkas, iaitu memancung hujung dahan.
2. Ayat c, d dan e betul, walau bagaimanpun sila betulkan ejaan dibina (dalam ayat d).
Sastera03.07.2012
Air dicencang tidak akan putus atau air dicincang tidak akan putus. Ejaan yg betul ialah cencang atau cincang atau kedua2nya betul?Air dicencang tiada putus, untuk maklumat lanjut sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=air+dicencang&d=11.Tatabahasa11.03.2015
peribahasa air dicincang/dicencang tidak akan putus? kata dicincang betul ataupun dicencang?Air dicencang tiada putus. Perkataan "cencang" bermaksud metetak kecil-kecil atau halus. Rujuk Kamus Dewan.Ejaan19.02.2014
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll

Encik Rizuan,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain11.05.2010

Kembali ke atas