Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.da.na] | چندان

Definisi : ; ~ janggi sj tumbuhan (pokok yg merah warna kayunya), Pterocarpus spp.; ~ kering a) kayu cendana yg tidak berbau lagi; b) ki orang yg tidak berguna; ~ kuning = kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg wangi baunya dan kuning warna kayunya), Santalum album; sudah gaharu ~ pula (sudah tahu bertanya pula) prb pura-pura tidak tahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.da.na] | چندان

Definisi : , = kayu ~ nama sj pokok yg kayunya berbau harum dan berwarna kuning, Santalum album. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendana

Puisi
 

Cendana sarang tempurung,
     Encik Tambun menggulai siput;
Nyawa merat seperti burung,
     Laksana embun di hujung rumput.


Lihat selanjutnya...(14)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin memohon Lesen Tadika. Pihak berkenaan hendaklah saya memberikan rasional pilihan nama " Tadika Cendana Jaya", dan hendaklah berkenaan dengan perkembangan murid murid di tadika saya.

Cendana ialah nama sejenis tumbuhan atau pokok dan nama ini tidak pernah dikaitkan dengan ilmu atau pendidikan. Kami cadangkan puan menggunakan nama lain yang sinonim atau sering dikaitkan dengan ilmu dan kanak-kanak seperti Bestari, Berjaya, Cerdik, Ceria, Cemerlang, Tunas Bestari dan sebagainya. 

Tatabahasa01.11.2010
makna gaharurujuk kamus dewan - sejenis kayu cendanaMakna08.06.2007
selamat malam.boleh berikan contoh-contoh perbendaharaan kata?Perbendaharaan kata ialah khazanah kata dalam sesuatu bahasa atau sesuatu bidang (leksikon). Antara contohnya ialah nama tubuh badan seperti bahu, kepala, muka dan rupa; barang perdagagan seperti neraca, laba, dan kedai; alat perkakas seperti jala, bajan, dan pili; tumbuh-tumbuhan seperti cempaka, cendana dan delima.Makna06.03.2008

Kembali ke atas