Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.da.na] | چندان

Definisi : ; ~ janggi sj tumbuhan (pokok yg merah warna kayunya), Pterocarpus spp.; ~ kering a) kayu cendana yg tidak berbau lagi; b) ki orang yg tidak berguna; ~ kuning = kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg wangi baunya dan kuning warna kayunya), Santalum album; sudah gaharu ~ pula (sudah tahu bertanya pula) prb pura-pura tidak tahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.da.na] | چندان

Definisi : , = kayu ~ nama sj pokok yg kayunya berbau harum dan berwarna kuning, Santalum album. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendana

Puisi
 

Cendana sarang tempurung,
     Encik Tambun menggulai siput;
Nyawa merat seperti burung,
     Laksana embun di hujung rumput.


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sandalwoodcendanaGeografiTiadaSejenis pokok parasit malar hijau Santalum album berasal daripada Tenggara Asia, Kepulauan Pasifik dan Australisia.
woodkayuHerbaTiadaBahagian batang yang keras terdiri daripada xilem yang mengandungi tisu pembuluh, trakeid, serat dan sel parenkima. Xilem berfungsi sebagai saluran pengangkut makanan, air dan zat terlarut ke bahagian atas tumbuhan. Kayu kering atau segar dalam bentuk utuh digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, kayu gaharu, kayu cendana dan kayu akar tongkat ali.
aromatherapyaromaterapiHerbaTiadaAmalan perubatan komplementari yang menggunakan minyak pati daripada tumbuhan beraroma untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keseimbangan tubuh, minda dan spiritual. Aromaterapi juga boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati jangkitan. Komponen yang digunakan dalam aromaterapi adalah minyak pati, sulingan herba, seduhan herba dan minyak pembawa. Contoh minyak pati yang digunakan ialah ros, lavender, serai wangi, melur dan cendana. Pada masa kini aromaterapi diaplikasi dalam pelbagai produk seperti penyegar udara, syampu rambut, sabun mandian dan kosmetik.

Kembali ke atas