Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : sj kulat yg pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun; bagai ~ kememeh prb mudah sahaja menangis; bagai ~ disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya; bagai ~ tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa; di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan; bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dpt dimakan): ~ batang; ~ busut; ~ jerami cendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan. bercendawan ditumbuhi cendawan: Tunggul getah itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendawan

Puisi
 

Kembang cendawan di tengah padang,
     Tempat Cik Siti memacu kuda;
Pada bulan baik bintang,
     Sungguhpun kecil selalu ada.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Di mana tembilang terentak,
     di situ cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang maksud peribahasa “Bagai cendawan selepas hujan"Bagai cendawan selepas hujan bermaksud sesuatu perkara yang wujud dengan banyaknya dalam waktu singkat.  Contohnya :Dalam bulan puasa banyak gerai menjual makanan dibina seperti cendawan tumbuh.Lain-lain06.10.2014
apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk jambatan? sebuah atau sebatang? sebelum ini saya pernah terbaca buku rujukan yang menyatakan bahawa cendawan, penjodoh bilangannya ialah kaki. Adakah itu betu?

1. Sebuah jambatan.

2. Ramai juga penulis yang menggunakan 'sekaki' cendawan merujuk kepada cendawan yang besar hampir sebesar payung. Namun ada juga yang menggunakan kuntum sebagai penjodoh bilangannya.

Tatabahasa21.05.2009
Salam sejahtera, adakah 'cendawan tumbuh selepas hujan' peribahasa? Pada pengamatan saya, ungkapan ini membawa makna 'muncul dengan banyaknya pada sesuatu ketika'. Maka, saya merasakan bahawa penggunaannya dalam ayat 'Masalah sosial umpama cendawan tumbuh selepas hujan dewasa ini' salah. Pada saya, penggunaannya yang betul ialah 'Pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini, kafe siber muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Balasan dan penjelasan tuan/puan amat saya hargai. Sekian. Kay Seven Bukir Mertajam, Pulau Pinang.Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Terima kasih.Lain-lain20.12.2016
Salam sejahtera tuan. Peribahasa 'bagai cendawan tumbuh selepas hujan' membawa maksud apa dan biasanya digunakan dalam aspek apa? Bolehkah peribahasa ini digunakan dalam ayat yang berikut ini? - Belakangan ini, kongsi gelap yang terdapat di negara kita boleh dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Maklum balas tuan amat dihargai.Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud terlalu banyak pada sesuatu masa. Penggunaan peribahasa tersebut dalam ayat adalah betul.Tatabahasa18.07.2013
salam sejahtera tuan, bolehkah penggunaan peribahasa 'bagai cendawan tumbuh selepas huan' digunakan untuk ayat ini : 'Banyak orang berniaga berhampiran dengan stadium tempat perlawanan bola sepak peringkatr daerah diadakan'.Peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan  ‘bermaksud terlalu banyak pada sesuatu masa’. Penggunaan peribahasa dalam ayat ialah Banyak orang berniaga berhampiran dengan stadium tempat perlawanan bola sepak peringkat daerah diadakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Makna14.09.2014
Berkenaan peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" adakah boleh jika ditambah perkataan "melata /merata" di tengah- tengah prb tersebut ? Contoh - bagai cendawan tumbuh melata selepas hujanPeribahasa ialah warisan daripada generasi terdahulu. Tidak ada tambah tokok dalam pengambilan peribahasa tersebut.Tatabahasa11.10.2014
apakah penjodoh bilangan untuk CENDAWAN? apakah buku / rujukan yang boleh digunakan untuk rujukan bagi penjodoh bilangan.Penjodoh bilangan bagi satu cendawan ialah sekuntum. Namun bukan semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Saudara boleh merujuk buku atau portal utusan pendidikan untuk merujuk penggunaannya yang boleh dicapai melalui laman web.Tatabahasa07.12.2007
Bolehkah Swiss Brown Mushroom diterjemahkan sebagai Cendawan Coklat SwissSalam sejahtera,



Pihak DBP mencadangkan padanan cendawan perang Swiss. Selaras dengan penggunaan beras perang dan gula perang yang telah mantap penggunaannya.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain31.10.2019
1.Penggunaan kata ganti nama 'ia' 2.penjodoh bilangan bagi cendawan

1. Kata ganti nama "ia" tergolong dalam kata ganti nama diri orang ketiga yang hanya boleh digunakan untuk orang, benda dan perkara. Tidak boleh digunakan untuk binatang.

2. Tidak ada penjodoh bilangan khusus untuk cendawan. Bergantung pada bentuk dan kuantitinya.

Tatabahasa02.02.2009
Yang manakah betul? Peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas ( ialah , adalah ) bagai cendawan tumbuh setelah hujan.Jawapan yang betul "ialah".Lain-lain13.08.2016
12

Kembali ke atas