Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : sj kulat yg pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun; bagai ~ kememeh prb mudah sahaja menangis; bagai ~ disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya; bagai ~ tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa; di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan; bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dpt dimakan): ~ batang; ~ busut; ~ jerami cendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan. bercendawan ditumbuhi cendawan: Tunggul getah itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendawan

Puisi
 

Kembang cendawan di tengah padang,
     Tempat Cik Siti memacu kuda;
Pada bulan baik bintang,
     Sungguhpun kecil selalu ada.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Di mana tembilang terentak,
     di situ cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cendawancendawanKesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk serumpun cendawan.
mushroom soupsup cendawanPentadbiran PerniagaanTiadaSup daripada kaldu cendawan dan cendawan mayang.
mushroom saucesos cendawanPentadbiran PerniagaanTiadaSos suprem yang dicampur kaldu cendawan dan cendawan mayang.
bunga cendawanbunga cendawanKesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk cendawan.
duxelleduxellePentadbiran PerniagaanTiadaMakanan yang mengandungi cendawan cincang, cendawan halus, bawang saute dan bahan perasa.
Amanita phalloidesAmanita phalloidesKimiaForensikSejenis cendawan yang beracun. Cendawan ini mengandungi polipeptida amanitin dan faloidin yang stabil haba, dan lebih berbahaya berbanding muskarina, walaupun bertindak secara perlahan. Pengingesan cendawan ini menyebabkan halusinasi dan sakit perut. Kerosakan mungkin terjadi pada hati, buah pinggang, dan sistem saraf, dan mungkin membawa maut.
champignoncendawan champignonPentadbiran PerniagaanTiadaSebarang cendawan yang boleh dimakan terutamanya cendawan meadow.
field mushroomcendawan ladangPentadbiran PerniagaanTiadaCendawan yang bentuk dan kegunaannya sama dengan cendawan tanam tetapi boleh tumbuh liar tanpa jagaan.
cup funguscendawan mangkukBiologiMikologiNama am bagi cendawan dalam kelas Discomycetes, yang menghasilkan apotesium bak mangkuk. Biasanya cendawan ini bersaiz antara 0.5-2.0 cm dan mempunyai bermacam-macam warna yang menarik, misalnya Peziza dan Cockeina.
lottice funguskulat kekisiBiologiMikologiNama am bagi cendawan Clathrus spp. Cendawan ini berupa bebola dengan bahagian luarnya yang retak-retak atau berpetak-petak hingga kelihatan seperti kekisi.
12345678910...

Kembali ke atas