cenderahati atau cenderamata | cenderamata- seperti sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda penghargaan. | Istilah | 13.03.2012 |
Apakah perbezaan antara cenderamata dan cenderahati? Mengikut PRPM, takrif cenderahati adalah sama dengan cenderamata. Namun kursus yang saya pernah hadiri menyatakan cenderamata adalah benda yang kekal seperti plaque manakala cenderahati adalah benda yang boleh digunakan dan tidak kekal seperti buah-buahan. | Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan tanpa dibezakan jenis atau spesifikasi pemberian tersebut. Penggunaan yang telah lama mantap ialah cenderamata, namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas. | Tatabahasa | 07.02.2014 |
Asslamualaikum wbt. Tuan, Mohon bertanya, perkaratan cenderahati/cenderamata adakah perlu ditulis jarak. Terima kasih | Ejaan yang betul bagi cenderahati/cenderamata ialah CENDERAMATA/CENDERAHATI | Ejaan | 18.04.2018 |
selamat pagi, saya ingin bertanya yang mana satukah betul..banyak memberi cenderamata atau memberi banyak cenderamata? satu konsert atau sebuah konsert? bolehkah encik jelaskan sebab penggunaannya? terima kasih | Penggunaan yang betul ialah memberi banyak cenderamata dan satu konsert. Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa nama tersebut. | Tatabahasa | 18.02.2011 |
CENDERAMATA CENDERAHATI | CENDERAMATA CENDERAHATI | Ejaan | 06.11.2014 |
salam.... apa itu cenderamata dan cenderahati.. | Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan. | Istilah | 08.06.2011 |
yang manakah betul untuk digunakan cenderamata atau cenderahati | Cenderamata, cenderahati, cenderadurja atau tanda mata ialah perkataan yang bersinonim (mempunyai makna yang sama atau hampir sama). Kesemuanya betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang sering/biasa digunakan ialah cederamata. | Lain-lain | 07.05.2005 |
1. Perbezaan di antara cenderahati dengan cenderamata? | Kedua-dua entri ‘cenderamata’ dan ‘cenderahati’ terakam dalam Kamus Dewan. Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan tanpa dibezakan jenis atau spesifikasi pemberian tersebut. Penggunaan yang telah lama mantap ialah cenderamata, namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas. | Istilah | 07.10.2014 |
apakah perbezaan penggunaan kata cenderamata dan cenderahati? Apakah makna tersendiri kata cenderamata dan cenderahati? | kedua-dua membawa maksud yang sama. cenderamata 1. sesuatu yg diberikan kpd orang lain sbg tanda ingatan, cenderadurja, cenderahati, tanda mata; 2. kekasih, buah hati. | Tatabahasa | 10.07.2007 |
saya mengharapkan bantuan pihak tuan/puan agar dapat memberikan bilangan, keluaran edisi dan tahun MAJALAH PELITA BAHASA yg mengemukan ttg penggunaan CENDERAMATA dan CENDERAHATI? Terima kasih | Sila rujukm bahan ini : 1. Antara cenderamata dengan cenderahati oleh Rizuan Atan. Pelita Bahasa.01/05/1993. 2. Cenderahati dan cenderamata oleh Farid Ahmad. Pelita Bahasa. 01/08/1993. 3. Dahulu cenderamata, sekarang pun cenderamata oleh Asiah Idris. Pelita Bahasa. 01/09/1994. | Lain-lain | 13.08.2007 |