Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cé.pér] | چيڤير

Definisi : /cépér/ 1 tidak mungkum; leper (bkn dulang, piring dll). 2 perkakas spt piring (digunakan di makmal). ~ penyejat sj ceper yg digunakan utk menyejatkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceper


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLASENTA

Plasenta ialah organ berbentuk ceper yang

terbentuk apabila seseorang wanita itu

mengandung. Plasenta membekalkan makanan dan

oksigen kepada bayi dalam kandungan serta

menyalurkan keluar hasil sisanya. Organ ini juga

menghasilkan hormon yang menyelaras

kandungan dan menolong mengawal

perkembangan bayi.

UMUM 
TAMBURIN

Tamburin ialah sejenis alat perkusi yang terdiri

daripada gelung yang diperbuat daripada papan

nipis atau logam dengan membran (kepingan) nipis

daripada plastik atau kulit haiwan yang diregangkan

ke bahagian bertentangan. Semua tamburin

mempunyai ceper logam kecil di sekeliling gelung.

Pemain akan memegang tamburin dengan sebelah

tangan. Mereka memainkan dengan mengetuknya

pada tangan yang lain, lutut atau paha dan

menggoncangnya. Tamburin telah dipopularkan

oleh askar Turki yang dikenali sebagai Janissary

yang memainkan alat ini di dalam kumpulan

pancaragam tentera sejak tahun 1400-an hingga

awal tahun 1800-an. Pemuzik Barat mula

menggunakan tamburin pada tahun 1700-an.

Lihat juga Muzik (alat muzik).

UMUM 
PANCARAGAM KELULI

Pancaragam keluli ialah sekumpulan pemain

muzik yang memainkan muzik tarian Hindia Barat

dalam bentuk tersendiri dengan menggunakan alat

genderang yang dikenali sebagai ceper keluli.

UMUM 
BULION

Bulion ialah jongkong emas atau perak yang

dianggap sebagai logam atau komoditi dan bukan

sebagai wang. Istilah bulion juga dipakai kepada

emas urai dan ketul emas, ceper emas dan perak,

dan duit yang dinilai sebagai logam sahaja.

UMUM 

Kembali ke atas