samundai, *sumundai* Kd | irama tarian mongigol suku kaum Rungus. | Magigol yang sama dihadirinya beberapa bulan lalu membawa kenangan kepada Lagan. Pemuda Rungus berkulit cerah ini ditemuinya pertama kali ketika menyaksikan Magigol dalam irama samundai yang indah Pertemuan pertama itu kini mengheretnya ke suatu suasana yang menggerunkan. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mongigol Kd | tarian tradisional suku kaum Rungus dlm pesta keramaian. | Mongigol yang sama dihadirinya beberapa bulan lalu membawa kenangan kepada Lagan. Pemuda Rungus berkulit cerah ini ditemuinya pertama kali ketika menyaksikan Mongigol dalam irama samundai yang indah Pertemuan pertama itu kini mengheretnya ke suatu suasana yang menggerunkan. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tanak vaqu, *tanak vagu* Kd | anak teruna. | Tidak selamanya kau harus begini. Yang pergi pasti tidak akan kembali. Kita yang tinggal harus bersedia mengubah sikap. Lagan, tanak vaqu berkulit cerah yang sedang duduk di muka pintu sudap merenungnya. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jukut Sk | sesuatu (tidak mahu menyebut nama sebenarnya kerana kepercayaan tertentu seperti dalam budaya Melayu harimau disebut sang belang, buaya disebut sang rangkak tetapi dalam budaya masyarakat ini semua benda yang tidak mahu disebut nama sebenarnya disebut jukut); hantu atau makhluk halus, sesuatu. | Masuklah, kalau kaumahu. Kalau kausudah Kristian, siapa nak apa-apakan padi kita kalau diserang jukut. Josika mendongak ke langit yang tidak begitu cerah. Aku sudah tidak cekap lagi. Sudah tua. Aku berharap kepada kamu. Terpinga-pinga Josika buat seketika. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |