Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.rah] | چره

Definisi : ; ~ muntah Kl penyakit taun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.rah] | چره

Definisi : 1 tidak gelap atau tidak kelam; terang (bkn hari, bulan, lampu dll): Hari sudah ~. 2 dpt dilihat menerusinya (ttg kaca); jernih: kaca ~. 3 tidak hitam (ttg warna kulit); agak putih: Orangnya tinggi lampai serta berkulit ~. 4 berseri; tidak muram (ttg paras muka): Wajahnya kelihatan ~ setelah memakan ubat itu. 5 ki senang dan aman (ttg kehidupan seseorang); bahagia: Sejak harga getah naik, kehidupan mereka bertambah ~. mencerahkan menjadikan cerah. ke­cerahan keadaan cerah; kejernihan. pencerahan perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. pencerah sesuatu (bahan) yg mencerahkan kulit dsb: losen ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerah

Puisi
 

Bulan cerah bersinar benar,
     Cahayanya cerah sampai ke pintu;
Cuba cubit abang nak kenal,
     Lainkah tidak dari dahulu?


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brightnesscerah; kecerahan; cerah gelap warnaFizikTiadaTiada
brightnesscerah; kecerahan; cerah gelap warnaKomunikasi MassaTiadaTiada
brightnesscerah; kecerahan; cerah gelap warnaKejuruteraanTiadaTiada
star cloudsawan bintangMatematikTiadaKumpulan bintang yang amat besar yang membentuk Bimasakti yang kelihatan seperti awan yang cerah. Bintangnya yang paling cerah ialah Awan Sagittarius dan Bintang Seutum.
bright line spectraspektrum garis cerahMatematikTiadaGaris berwarna cerah berturut-turut pada satu latar belakang yang gelap, terbentuk apabila punca cahayanya ialah garis berbara, yang terserak pada serangkaian panjang gelombang yang menjadi ciri kepada unsur kimia yang membentuk gas itu. Setiap unsur gas pula memberikan corak garis yang tersendiri daripada spektrum. Sesetengah nebula juga menghasilkan spektrum garis cerah.
faculaefakulaMatematikTiadaKawasan cerah pada atmosfera matahari, yakni kawasan yang 10 peratus lebih cerah di sekeliling.
floculliflokuliMatematikTiadaTompok cerah atau tompok gelap di permukaan matahari, dan dapat dilihat dengan cukup jelas dalam spketroheliogram. Tompok ini terdiri daripada gas yang panas apabila cerah, dan sejuk apabila gelap berbanding dengan suhu di sekelilingnya.
Rigel (Beta Orionis)Rigel (Beta Orionis)MatematikTiadaBintang superraksasa yang amat cerah, jauh dan putih kebiruan yang amat menonjol dan cerah di buruj Orion.
Kepler's starbintang KeplerMatematikTiadaNova kedua yang paling cerah pernah direkodkan. Nova ini kelihatan di Ophiuchus pada Oktober 1604. Ia menjadi cerah dan dapat dilihat dengan mata kasar selama 18 bulan hingga bulan Mac 1606.
certosinasertosinaKesenianHiasan DalamanTeknik menginlaikan bahan yang berwarna cerah ke dalam bahan yang berwarna gelap bagi menghasilkan suatu reka bentuk perhiasan. Bahan-bahan inlai ini biasanya terdiri daripada gading, kayu cerah atau tulang.
12345678910...

Kembali ke atas