Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.rai.be.rai] | چراي - براي

Definisi : 1. berpisah-pisah (berselerak, berpecah-pecah) ke sana sini (dgn tidak tentu arah), porak-peranda; 2. berpisah drpd bersatu sbg suami isteri, putus pertalian sbg suami isteri; bercerai-berai berpisah-pisah; mencerai-beraikan menyebabkan cerai­-berai (porak-peranda dll), memecah-belahkan: janganlah kamu mengikut jalan-jalan lain drpd Islam kerana jalan-jalan itu ~ kamu drpd jalan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.rai.be.rai] | چراي - براي

Definisi : bercerai-berai, berpecah-pecah, berpisah-pisah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.rai.be.rai] | چراي - براي

Definisi : kejadian atau hal berpisah dan tidak lagi sbg suami isteri: Mereka tidak mahu ada ~ dlm keluarga mereka. bercerai-berai 1 berpisah-pisah tidak keruan; berpecah belah; porak-peranda. 2 tidak lagi sbg suami isteri. mencerai-beraikan menjadikan bercerai-berai (porak-peranda dsb); memecahbelahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerai-berai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan kaya-raya merupakan kata ganda semu? Dalam sistem prpm menunjukkan dua bentuk ejaan kaya raya sekali: -kaya-raya -kaya raya (tanpa tanda sengkang) Yang manakah ejaan yang betul?Ejaan yang betul ialah kaya-raya dan perkataan ini termasuk dalam kata ganda berentak sama seperti cerai-berai dan gotong-royong.Tatabahasa29.05.2012
berdasarkan jawapan tuan tempohari, Bolehkah saya merumuskan bahawa hanya kata ganda penuh sahaja yang mempunyai tanda sempang. Manakala kata ganda bebas tidak mempunyai tanda sempang.Rumus yang betul ialah kata ganda yang tidak mempunyai tanda sempang  ialah apabila kedua-dua perkataan (dalam kata ganda) mempunyai maknanya sendiri apabila tidak digandakan seperti sampah sarap, sampah bermaksud benda yang dibuang dan sarap bermaksud pelbagai jenis sampah. Kata ganda bebas masih mempunyai tanda sempang seperti cerai-berai dan ulang-alik.Tatabahasa29.02.2012
definisi kata nama ganda, kata adjektif ganda, kata kerja ganda.perbezaan ketiga-tiga jenis kata gandaProses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, separa dan berentak. Kata adjektif ganda, kata nama ganda  dan kata kerja ganda dalam penggandaan separa, iaitu proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh : Kata kerja = berlari-lari, berkata-kata; kata nama ganda = sayur-sayuran, orang-orangan; kata adjektif ganda = sepandai-pandai, sebaik-baik. Manakala dalam penggandaan berentak pula, contohnya : kata nama ganda = kuih-muih, batu-batan, anak-pinak; kata kerja ganda = cerai-berai, dolak-dalik, ulang-alik; kata adjektif ganda = hiruk-pikuk, gelap-gelita, lintang-pukang.Makna12.02.2008
-MENGAPAKAH PROSES PENGGANDAAN PENTING DALAM BAHASA MELAYU ? -PROSES PENGGANDAAN MANAKAH YANG LEBIH BAIK, BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS ?


Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, separa dan berentak. Kata adjektif ganda, kata nama ganda  dan kata kerja ganda dalam penggandaan separa, iaitu proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh : Kata kerja = berlari-lari, berkata-kata; kata nama ganda = sayur-sayuran, orang-orangan; kata adjektif ganda = sepandai-pandai, sebaik-baik. Manakala dalam penggandaan berentak pula, contohnya : kata nama ganda = kuih-muih, batu-batan, anak-pinak; kata kerja ganda = cerai-berai, dolak-dalik, ulang-alik; kata adjektif ganda = hiruk-pikuk, gelap-gelita, lintang-pukang.

Tidak ada kaedah yang menentukan proses penggandaan mana yang lebih baik antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Tatabahasa29.01.2017

Kembali ke atas