Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : sj peti yg berpetak-petak tempat menyimpan ubat, pendadah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Croton tiglium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : ; mencerakin, mencerakinkan 1. menyelidik atau menyiasat sesuatu keadaan (perbuatan, gejala, ciptaan, dll) utk menge­tahui sebab-sebab (kedudukannya dll): ia diakui sbg tokoh yg pertama ~ dasar-dasar ini; 2. menghuraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya (spt unsur dll); 3. menghuraikan (memisahkan, menceraikan, dll) sesuatu kpd bahagian-bahagiannya: prisma yg pertama ~ cahaya putih dan prisma yg kedua menghasilkannya; cerakinan 1. penyelidikan (utk mengetahui hal-hal, peristiwa, dll), penyiasatan; 2. uraian (penyelidikan) kimia (utk menentukan kandungan sesuatu dll); ~ fizik (kimia) uraian (penyelidikan) yg menggunakan kaedah fizik (kimia); pencerakinan perihal (usaha, proses, dsb) mencerakin(kan); analisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : peti yg berpetak-petak tempat menyimpan ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : ; mencerakin 1 melakukan penyelidikan atas sesuatu utk menge­tahui keadaannya dll. 2 melakukan ujian utk mengetahui bahagain-bahagian sesuatu. mencerakinkan mencerakin sesuatu; memisahkan atau menceraikan sesuatu sebatian kpd unsur-unsur asalnya: Jika kita ~ air, kita akan mendapati bahawa air terdiri drpd hidrogen dan oksigen. pencerakinan 1 perbuatan (hal dsb) mencerakin atau mencerakinkan sesuatu. 2 penguraian kimia utk mengetahui kandungan sesuatu sebatian dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerakin


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
cerakinpartitionMemisahkan nombor kepada beberapa bahagian mengikut nilai tempat. Contohnya, 235 = 200 + 30 + 5.Menengah Rendah
cerakindecomposeProses mengasingkan nombor mengikut nilai tempat atau nilai digit. Lihat ContohSekolah Rendah

Kembali ke atas