Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.das] | چردس

Definisi : 1. sempurna akal (utk berfikir, meng­erti, dll), cerdik, pandai, pintar: manusia ialah binatang yg ~ sekali; rakyat memerlukan pimpinan yg ~; 2. sempurna pertum­buhan (perkembangan) badannya (spt sihat, tangkas, dll): sukan itu menjadikan tubuh ~; mencerdaskan menyebabkan cerdas: usaha itu dilancarkan utk ~ penduduk luar bandar yg terkebelakang; sukan itu dapat ~ tubuh; kecerdasan kesempurnaan akal (utk ber­fikir, mengerti, dll spt kepandaian, kepintar­an, kecerdikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.das] | چردس

Definisi : 1 sempurna akal budinya; tajam fikirannya; pintar: Anak-anak dididik supaya menjadi orang yg baik budi lagi ~. 2 sempurna pertumbuhan tubuhnya; sihat dan segar: Seseorang itu dpt menjadi ~ jika ia cukup tidur, makan makanan yg berzat dan selalu bersenam. mencerdaskan menjadikan cerdas: Bersukan dpt ~ akal. kecerdasan hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerdas


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
giftedcerdascerdascerdasPendidikan
intelligent systemsistem cerdassistem cerdassistem cerdasTeknologi Maklumat
intelligent spacerpenjarak cerdaspenjarak cerdaspenjarak cerdasTeknologi Maklumat
intelligent machinemesin cerdasmesin cerdasmesin cerdasTeknologi Maklumat
intelligent terminalterminal cerdasterminal cerdasterminal cerdasTeknologi Maklumat
wise cracksjawaban cerdasjawapan cerdasjawapan cerdasKesusasteraan
intelligent softwareperangkat lunak cerdasperisian cerdasperisian cerdasTeknologi Maklumat
intelligent character recognition (ICR)pengenal aksara cerdaspengecaman aksara cerdas (ICR)pengecaman aksara cerdasTeknologi Maklumat
intelligent agentagen cerdasagen pintaragen cerdasTeknologi Maklumat
intelligent database systemsistem basis data cerdassistem pangkalan data pintarsistem pangkalan data cerdasTeknologi Maklumat
12

Kembali ke atas