Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.das] | چردس

Definisi : 1. sempurna akal (utk berfikir, meng­erti, dll), cerdik, pandai, pintar: manusia ialah binatang yg ~ sekali; rakyat memerlukan pimpinan yg ~; 2. sempurna pertum­buhan (perkembangan) badannya (spt sihat, tangkas, dll): sukan itu menjadikan tubuh ~; mencerdaskan menyebabkan cerdas: usaha itu dilancarkan utk ~ penduduk luar bandar yg terkebelakang; sukan itu dapat ~ tubuh; kecerdasan kesempurnaan akal (utk ber­fikir, mengerti, dll spt kepandaian, kepintar­an, kecerdikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.das] | چردس

Definisi : 1 sempurna akal budinya; tajam fikirannya; pintar: Anak-anak dididik supaya menjadi orang yg baik budi lagi ~. 2 sempurna pertumbuhan tubuhnya; sihat dan segar: Seseorang itu dpt menjadi ~ jika ia cukup tidur, makan makanan yg berzat dan selalu bersenam. mencerdaskan menjadikan cerdas: Bersukan dpt ~ akal. kecerdasan hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerdas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intelligent agentagen cerdasTeknologi MaklumatTiadaAtur cara komputer atau perisian yang berfungsi membuat pemerhatian terhadap keadaan persekitaran dan bertindak dengan sewajarnya untuk mencapai sesuatu objektif mengikut kehendak pengguna. Agen cerdas juga boleh belajar dan menggunakan maklumat untuk mencapai sesuatu matlamat. Atur cara komputer boleh mengandungi fungsi abstrak yang menjadikannya agen cerdas. Contohnya, agen pembeli seperti di portal Amazon.com yang boleh mengumpulkan maklumat tentang suatu produk secara automatik dan berkesan.
intelligentcerdasPendidikanTiadaTiada
giftedpintar cerdasPendidikanTiada

 Individu yang mempunyai kebolehan umum tahap tinggi atau mempunyai satu atau lebih bakat dan keistimewaan yang spesifik.

intelligent terminalterminal cerdasKejuruteraanTiadaTerminal dalam sistem logik kongsi yang dilengkapi dengan pemproses dalaman dan penyimpan maklumat.
intelligence controllerpengawal cerdasKejuruteraanTiadaPengawal yang memastikan kesahihan sesuatu arahan.
intelligence communicationperhubungan cerdasKejuruteraanTiadaTiada
intelligent terminalterminal cerdasPentadbiran PerniagaanTiadaTerminal dalam sistem logik kongsi yang dilengkapi dengan pemproses dalaman dan penyimpan maklumat.
intelligent terminalterminal cerdasKomputerTiadaTiada
very intelligentsangat cerdasPendidikanTiadaTiada
intelligent reasoningtaakulan cerdasPendidikanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas