Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ré.ka] | چريک

Definisi : /ceréka/ cerita, kisah dsb yg dikarang dan bukannya yg berasaskan kejadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku; cerita rekaan. ~ sains cereka ttg pengembaraan di angkasa lepas atau di dunia khayalan, atau cereka ttg kehidupan di planet lain dsb berdasarkan penemuan saintifik atau yg diramalkan pd masa hadapan. mencerekakan menjadikan sesuatu (kisah, peristiwa dll) sbg cereka. pencerekaan perihal atau perbuatan mencerekakan sesuatu (kisah, peristiwa dll): Ulasan ini mengambil kira unsur ~ teks sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cereka


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cereka (ceréka)cerita (kisah dsb) yg dikarang dan bukannya yg berasaskan kejadian atau peristiwa yg sebenarnya telah berlaku, cerita rekaan, fiksyen; ~ sains cereka tentang pe­ngembaraan di angkasa lepas, dunia khayalan, kehidupan di planet lain dsb berdasarkan penemuan saintifik atau yg dijangkakan pd masa depan; filem ~ filem yg berasaskan atau yg menunjukkan cereka; mencerekakan 1. menjadikan cerita (kisah, dll); 2. menceritakan atau mengisahkan sesuatu: peristiwa itu dicerekakan oleh ayahnya sewaktu dia masih kecil; pencerekaan perihal (perbuatan) mence­rekakan sesuatu (cerita, teks, dll): kritikan ini mengambil kira unsur ~ teks sastera.Kamus Dewan Edisi Keempat
cereka/ceréka/ cerita, kisah dsb yg dikarang dan bukannya yg berasaskan kejadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku; cerita rekaan. ~ sains cereka ttg pengembaraan di angkasa lepas atau di dunia khayalan, atau cereka ttg kehidupan di planet lain dsb berdasarkan penemuan saintifik atau yg diramalkan pd masa hadapan. mencerekakan menjadikan sesuatu (kisah, peristiwa dll) sbg cereka. pencerekaan perihal atau perbuatan mencerekakan sesuatu (kisah, peristiwa dll): Ulasan ini mengambil kira unsur ~ teks sastera.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cereka sainscereka ttg pengembaraan di angkasa lepas atau di dunia khayalan, atau cereka ttg kehidupan di planet lain dsb berdasarkan penemuan saintifik atau yg diramalkan pd masa hadapan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cereka sainscereka tentang pe­ngembaraan di angkasa lepas, dunia khayalan, kehidupan di planet lain dsb berdasarkan penemuan saintifik atau yg dijangkakan pd masa depan;Kamus Dewan Edisi Keempat
filem cerekafilem yg berasaskan atau yg menunjukkan cereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
telefilem(téléfilem) filem cereka yg di­hasil-kan utk siaran televisyen.Kamus Dewan Edisi Keempat
pikares(pikarés) (Sas) berkaitan dgn cereka pengembaraan yg menarik tentang seorang hero yg walaupun berupa seorang penyangak tetapi disukai: novel ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencerekakanmenjadikan sesuatu (kisah, peristiwa dll) sbg cereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
persona1. (Sas) watak rekaan di dlm cereka, drama, novel dsb: cara penelitian demikian juga dilakukan terhadap ~ dlm karya-karya sajak; 2. (Psi) watak atau sifat seseorang spt yg ditampilkan kpd orang lain atau spt yg ditanggapi oleh orang lain; 3. IB orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
fiksyen1. karya sastera yg dicipta drpd imaginasi spt novel dan cerita pendek, cereka; 2. cerita yg diada-adakan; memfiksyenkan menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas