Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ré.ka] | چريک

Definisi : /ceréka/ cerita, kisah dsb yg dikarang dan bukannya yg berasaskan kejadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku; cerita rekaan. ~ sains cereka ttg pengembaraan di angkasa lepas atau di dunia khayalan, atau cereka ttg kehidupan di planet lain dsb berdasarkan penemuan saintifik atau yg diramalkan pd masa hadapan. mencerekakan menjadikan sesuatu (kisah, peristiwa dll) sbg cereka. pencerekaan perihal atau perbuatan mencerekakan sesuatu (kisah, peristiwa dll): Ulasan ini mengambil kira unsur ~ teks sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cereka


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fabulationfabulasiKesusasteraanTiadaBentuk cereka yang mengetepikan pemaparan realiti secara tepat. Contohnya dalam cereka realistik. Cereka ini secara sedar dan sengaja memperagakan hakikat penceritaan bahawa segala yang dipaparkan hanyalah suatu bikinan. Cereka ini menonjolkan alat penceritaan yang digunakan khusus untuk membangunkan cereka tersebut. Fabulasi sering dikaitkan dengan tulisan Robert Scholes yang berjudul The Fabulators (1967). Namun pada awal tahun 1484, Caxton telah menggunakan istilah fabulator untuk maksud ini. Lihat juga metafiksyen, pascamodenisme, realisme magis.
roman ? clefroman ? clefKesusasteraanTiadaPeristiwa sebenar yang disamarkan dalam dunia cereka. Dalam cereka tersebut, pembaca diharapkan dapat mengenal pasti watak atau peristiwa yang disamarkan itu. Contohnya, dalam novel Aldous Huxley berjudul Point Counter Point. Tokoh terkenal seperti D. H. Lawrence dan Oswald Mosely disamarkan melalui nama rekaan.
author as characterpengarang sebagai watakKesusasteraanTiadaPengarang karya kreatif yang memasukkan dirinya sendiri sebagai salah seorang watak dalam cereka yang dihasilkannya. Konsep ini diajukan oleh Jonathan Wilson dalam sebuah makalah yang diterbitkan dalam The Literary Review. Kehadiran pengarang sebagai watak dalam cerekanya sendiri bukan perkara baharu. Keadaan ini dapat dilihat pada bentuk cereka yang dinamakan autobiographical fiction. Berbeza dengan cereka autobiografi, kemasukan pengarang sebagai watak dalam cereka bukan bertujuan menggambarkan watak tersebut secara persis seperti pengarang yang hidup, atau memperlihatkan realiti sebenar yang dialami oleh pengarang tersebut atau dunia sebenar yang dihuninya. Pada satu pihak, penggunaan pengarang sebagai watak dalam sesebuah cereka memberi kesan bahawa cereka yang disajikan itu adalah benar, iaitu sama benarnya dengan pengarang yang hidup dalam dunia nyata. Di pihak yang lain, pengarang sebagai watak dapat memberikan kesan bahawa pengarang itu sendiri tidak nyata kerana sama seperti watak lain dalam cerita, wataknya adalah rekaan semata-mata. Lihat juga fiksyen autobiografi.
fictional herowira cerekaKesusasteraanTiadaWatak lelaki yang menjadi tumpuan para pembaca atau penonton cereka.
fictional characterwatak cerekaKesusasteraanTiadaPelakon yang diberikan sifat-sifat termasuk perangai dan pemikiran dalam cereka.
protagonistprotagonisKesusasteraanTiadaWatak utama dalam sesebuah cereka atau drama. Watak protagonis mungkin watak baik atau jahat bergantung pada plot cereka. Watak protagonis merupakan penyokong atau penentang utama sesuatu perjuangan atau gerakan. Dalam epik Ramayana, protagonis ialah Sri Rama, sementara Ravana merupakan antagonis. Dalam drama Macbeth, Macbeth merupakan protagonis dan Macolm sebagai antagonis. Banding antagonis.
antogonistantagonisKesusasteraanTiadaWatak yang menentang protagonis dalam cereka atau drama. Antagonis merupakan penentang kepada watak utama sama ada watak baik atau jahat bergantung pada plot sesuatu cereka. Dalam epik Ramayana, Ravana merupakan antagonis, manakala Sri Rama ialah protagonis. Dalam drama Marcbeth, Macolm sebagai antagonis dan macbeth merupakan protagonis. Banding protagonis.
vesicantbahan vesikaHerbaTiadaBahan yang mengakibatkan atau mempunyai kecenderungan menyebabkan lepuh. Contoh herba ini ialah celaka bunga/cereka merah (Plumbago indica), akar binasa (P. rosea) dan celaka bukit/cereka putih (P. zeylanica).
new comedykomedi baruKesusasteraanTiadaBentuk drama cereka bertemakan cinta dan persoalan kehidupan harian. Komedi ini menggantikan komedi lama Yunani, menjadi asas kepada komedi Shakespeare dan komedi lain yang sama dengannya. Tidak seperti komedi lama, komedi baru mengetepikan unsur satira tentang isu semasa. Plotnya bersifat cereka, wataknya stereotaip dan ceritanya berakhir dengan kebahagian. Di samping itu, unsur korus dalam komedi lama telah digantikan dengan selingan muzikal. Banding komedi lama.
fictioncerekaKesusasteraanTiadaPenulisan naratif/kisah lahir daripada daya khayalan atau imaginasi pengarang tentang sesuatu kehidupan atau peristiwa. Ia kependekan daripada cerita rekaan.
12345678

Kembali ke atas