Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kanak
Kata Terbitan : kanak-kanak, kekanak-kanakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nursery talecerita kanak-kanakKesusasteraanTiadaCerita yang pendek, bersifat didaktik serta menghiburkan untuk kanak-kanak. Cerita ini biasanya menggunakan watak kanak-anak dan binatang yang diberikan sifat manusia. Cerita ini mengandungi unsur magis dan fantasi untuk menarik minat kanak-kanak. Cerita kanak-kanak mempunyai plot yang mudah dengan tema yang menyelitkan unsur moral yang jelas. Kebanyakan cerita kanak-kanak ialah cerita tradisional yang disampaikan secara lisan, tetapi ada juga cerita yang ditulis dan dibacakan. Contoh cerita kanak-kanak yang popular di Barat ialah Ginger Bread Man, Goldilocks and the Three Bears dan Jack and the Beanstalk. Dalam masyarakat Melayu, cerita yang popular ialah cerita Awang kenit dan Sang Kancil.
fairy talecerita pari-pariKesusasteraanTiadaCerita yang bersifat luar biasa, fantasi, dan penuh unsur khayalan. Tema cerita berkisar pada kekuasaan, peperangan, dan penaklukan yang melibatkan hubungan manusia dengan makhluk aneh seperti naga, hobgoblins, gergasi, ahli sihir, dan kuasa magis. Antara tokoh awal yang terkenal dalam pengumpulan cerita pari-pari ialah Grimm Brothers dari Jerman yang menghasilkan Household Tales, dan pengumpulan dilakukan antara tahun 1812-1823. Hasil usaha pengumpulan mereka kini tersebar sebagai bahan sastera kanak-kanak di seluruh dunia. Tokoh atau pengumpul cerita kanak-kanak lain yang tidak kurang pentingnya ialah Hans Christian Andersen dari Denmark. Kumpulan cerita beliau berjudul Fairy Tales pertama kali diterbitkan pada tahun 1835. Salah sebuah cerita yang terkenal ialah kisah Hansen and Gretel. Kini di Barat, cerita pari-pari terus hidup dalam koleksi sastera kanak-kanak yang mengungkapkan fantasi moden. Antara cerita yang terkenal dalam sastera Inggeris ialah Jack and the Beanstalk, Snow Whie and the Seven Dwarfs, Jack the Giant Killer dan Tom Thumb. Pada tahun 1697, Cherles Perrault telah menerbitkan cerita The Sleeping Beuaty, Red Riding Hood dan Cinderella. Dalam konteks yang lebih moden, wujud cerita pari-pari seperti Peter Pan (1904) oleh J.M. Barrie, dan cerita Just So Stories (1902) oleh rudyard Kipling. Tradisi kesusasteraan Arab juga memiliki cerita pari-pari yang terkenal, seperti yang terhimpun dalam Kisah 1001 Malam. Antara Kisah Pelayaran sindbad yang penuh keajaiban dan keluarbiasaan. Sebahagian daripada cerita pari-pari Arab tersebar luas dalam kesusasteraan Melayu seperti yang dapat dilihat dalam kisah Aladin dan Lampu Ajaib. Sastera rakyat Melayu kaya dengan cerita pari-pari, khususnya dalam Hikayat Lipur Lara. Dalam karya seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewan dan Hikayat Inderaputera, terdapat banyak unsur alam kayangan, kesaktian, dan keajaiban yang sangat luar biasa. Contohnya, kewujudan kerajaan di kayangan, puteri dan putera yang boleh terbang, binatang hebat dan senjata sakti.
paraliteratureparasasteraKesusasteraanTiadaPenulisan yang tidak tergolong dalam kanun sastera bagi sesebuah masyarakat. Parasastera termasuk dalam kategori karya popular seperti cerita kembara kanak-kanak, cerita detektif dan pengintipan, sains fiksyen, pornografi, cerita cinta, serta cerita drama televisyen dan radio.
retellingpenceritaan semulaKesusasteraanTiadaMenceritakan kembali cerita-cerita lama dalam bentuk baru untuk bacaan umum dan kanak-kanak. Contoh: cerita Tukang Kasut Dengan Orang Kerdil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
bestiarybestiariKesusasteraanTiadaKarya didaktik yang berkaitan dengan sifat semula jadi atau sifat luar biasa binatang. Karya didaktik biasanya dalam bentuk puisi dan prosa. Binatang yang berkenaan biasanya memiliki separuh bentuk badan binatang biasa dan separuh bentuk yang luar biasa. Contohnya, kuda atau kan yang berkepalakan manusia. Tradisi cerita bestiari bermula sejak zaman Greek dalam karya berjudul Physiologus 2-4 AD), dan karya ini tersebar ke seluruh dunia. Antara binatang yang sering menjadi bahan cerita ialah phoenix, unicorn, dan siren. Umumnya, binatang yang menjadi bahan cerita hanya hidup dalam kepercayaan, mitos, dan legenda. Cerita sering dikaitkan dengan unsur alam kayangan, kedewaan, dan kepercayaan agama. Sebahagian daripada binatang tersebut masih wujud dan kekal dalam pelbagai koleksi cerita kanak-kanak yang bersifat didaktik dengan pelbagai pengajaran moral. Cerita bestiari dalam kesusasteraan Melayu dapat ditemui dalam pelbagai cerita hikayat yang berkaitan dengan jin, raksasa, gergasi atau binatang aneh yang memiliki sifat manusia. Antara yang terkenal ialah kisah tentang kuda terbang, ikan duyung dan garuda.
pantomimepantomimKesusasteraanTiadaPersembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada zaman Romawi purba, pantomim membawa cerita-cerita mitos. Dalam persembahan tersebut, seorang pelakon mengajuk semua peranan watak, sementara korus akan menyanyikan ceritanya. Pada kurun ke-18, pementasan pantomim menjadi hebat dari segi visual dan teknikal. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian, dan jenaka topikal. Lihat juga mimos.
accountcerita spontanSains KesihatanTiadaNaratif spontan yang membolehkan kanak-kanak berkongsi pengalamannya dengan orang lain.
beast fablefabel binatangKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera rakyat yang terawal dan penting yang mengisahkan alam kehidupan binatang. Cerita yang dipaparkan biasanya pendek dan melibatkan binatang seperti burung, arnab, kera, musang, anjing dan lain-lainnya. Binatang tersebut digambarkan memiliki sifat-sifat manusia biasa. Umumnya, fabel binatang memiliki plot yang ringkas dengan tema bersifat pengajaran. Cerita tersebut berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan moral kepada kanak-kanak. Ada kalanya unsur pendidikan moral disampaikan secara sindiran atau kiasan. Fabel binatang wujud dan berkembang dalam hampir semua tradisi sastera di dunia, sama ada di India, Arab, Parsi, Eropah, China, Jepun dan lain-lain. Fabel binatang dalam masyarakat Inggeris misalnya terkenal dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan arnab, serigala, burung, kuda, beruang dan anjing. Salah satu contoh yang baik ialah koleksi fabel binatang dalam karya Chaucer berjudu The Nun�s Priest�s Tale. Cerita binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Arab dan Parsi ialah Kalilah Wa Damnah (Anvar-i Suhaili). Dalam kesusasteraan Melayu, fabel binatang dikenali sebagai cerita mergastua. Antara cerita yang terkenal termasuklah cerita tentang siput dengan helang. Di samping itu, terdapat juga cerita binatang lain seperti kisah kerbau dengan bangau, kisah ular dengan katak, kisah tikus dengan kucing, dan kisah anjing dengan kucing. Cerita-cerita berkenaan mengandungi pelbagai unsur pengajaran moral dan menjadi bahan pendidikan kepada kanak-kanak dan masyarakat keseluruhannya. Lihat juga cerita binatang.
legonglegongMuzikTiada

 Tarian Bali yang ditarikan oleh tiga atau empat orang kanak-kanak perempuan dengan iringan gamelan pelegongan. Cerita yang biasa dipersembahkan ialah Lasem. Penari mewakili Raja Lasem, Puteri Rangkesari, seorang condong (dayang) dan seekor burung gagak. Persembahan cerita Lasem bermula dengan tarian condong, kemudian tarian Raja Lasem dengan Puteri Rangkesari, dan diikuti tarian peperangan antara Raja Lasem dengan burung gagak.

pantomimepantomimKesenianDrama dan TeaterPersembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian dan jenaka topikal.
12

Kembali ke atas