Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cerita yg diceritakan utk orang biasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm se­suatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakyat (kata nama)
1. Bersinonim dengan warganegara: penduduk, bumiputera, peribumi, anak negeri, anak buah, anak watan, anak bangsa, masyarakat, komuniti, bangsa, kelompok, etnik, puak, kaum, orang, warga, isi negeri,
Berantonim dengan pemerintah

2. Bersinonim dengan pekerja: staf, orang bawahan, anak buah, kuli, orang suruhan,
Berantonim dengan ketua

3. Bersinonim dengan orang kebanyakan: orang biasa, orang ramai, orang awam,

4. Bersinonim dengan bala tentera: pasukan perang

Kata Terbitan : kerakyatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sila berikan penerangan tentang cerita rakyat

Saudara,

Cerita Rakyat  merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita atau cerita lisan. Cerita rakyat  sangat  popular di kalangan  masyarakat Melayu dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Cerita rakyat berkembang dalam tradisi lisan biasanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh tukang-tukang cerita profesional dalam bentuk persembahan cerita kepada audiens dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan sebagainya.  Cerita rakyat  diceritakan oleh nenek/ datuk kepada cucu atau oleh seseorang yang tahu bercerita sebagai hiburan di masa senggang.  

Dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti Cerita Binatang, Cerita Jenaka,Cerita asal-usul, Mitos dan Lagenda, cerita Lipur lara dll.

Sesuai dengan peredaran zaman, Cerita rakyat telah dirakam dan dikumpulkan dalam bentuk tulisan seperti mana yang sampai kepada kita sekarang. 

Antara fungsi cerita rakyat ialah:

1. sebagai alat hiburan,

2. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik masyarakat,

3. wadah ekspresi seni  masyarakat menggunakan  kata-kata yang indah,

4. menjadi dasar penciptaan karya sastera moden.

Untuk memahami lebih lanjut sila merujuk Buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993.

sekian, terima kasih.

Sastera11.02.2011
Saya sedang menjalankan satu projek pengumpulan cerita-cerita rakyat tempatan/peribumi Sabah dan SARAWAK dengan bantuan pelajar-pelajar saya. Kami akan menganjurkan Malam Senandong Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi pada 10.10.2010 dan Program Sehati Sejiwa 1Malaysia pada 20.10.2010. Adakah pihak DBP sudi membantu terutama dari segi kewangan serta membukukan cerita-cerita dan puisi rakyat yang kami kumpulkan sebagai koleksi warisan bangsa?

Sdr. yang dihormati,

Pertamanya diucapkan tahniah dan syabas kepada sdr. kerana merancang dan berusaha untuk melaksanakan projek pengumpulan cerita-cerita rakyat Sabah dan Sarawak dan menganjurkan Malam Senandung Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi. Berhubung dengan  bantuan  kewangan dari DBP yang sdr. maksudkan  maka sdr. tulislah surat dan diajukan surat tersebut kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sekiranya cerita-cerita rakyat dan puisi rakyat yang dikumpul sudah lengkap( sebagai sebuah manuskrip) dengan kajian, kata pengantar dan bibliografinya maka bolehlah dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 

Lain-lain02.10.2010
1.“Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk.” Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini?

1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk.

2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan.
Tatabahasa07.12.2014
Assalamualaikum dan salam hormat..Saya Aishah abdul malek pelajar dari fakulti pendidikan UM, saya ingin mencari panel penulis dari kalangan penulis kaum india dan cina untuk kajian saya ttg cerita rakyat. Begitu juga cerita rakyat tentang orang asli dan peribumi sabah dan sarawak..bagaimana untuk saya mencari penulis ini?mohonn bantuan dari pihak DBP untuk bantuan..terima kasih

Salam sejahtera,

Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama penulis yang ada dalam senarai DBP yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk cerita rakyat tentang orang asli dan peribumi sabah dan Sarawak

1.     Nama: Angela Engkuan / E-mel: elaalegna@yahoo.com / No. Tel.: 013-8678087 (Sabah)

           2.     Nama: Batik Anak Bidin / E-mel: evebidin@hotmail.com  / No. Tel.: 19-8479582 (Sarawak)

3.     Nama: John Anak Empenit / E-mel: johnempenit@yahoo.com  / No. Tel.: 013-8192027 (Sarawak)

4.     Nama: Ngadit Anak Sawing / E-mel: aditpkgkapit@gmail.com / No. Tel.: 017-8567112 (Sarawak)

5.     Nama: Chong Chien Chien / E-mel: sheep7963@yahoo.com / No. Tel.: 011-15260899 (Sarawak)

Lain-lain23.01.2020
Saya ingin mendapatkan maklumat pengarang Yulis Haji Alwi(Kumpulan Cerita Rakyat-Tukang Kasut dengan Orang Kerdil, DBP 1994) dan Mohd Nor Long(Cerita Rakyat Sabah -DBP, 1978). Umur dan pekerjaan penulis buku ini. Data ini digunakan untuk tugasan kajian saya dalam Kesusasteraan Rakyat Melayu. Bagaimana saya boleh mendapatkannya?

Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi penulis melalui telefon:

(1) Salmah@Yulis Hj. Alwi

        Tel. Rumah: 03-62512978

        Tel. Bimbit:  013-3999525

 (2)  Mohd. Nor Long

       Tel. Rumah:  03-20950417

       Tel. Bimbit:   019-2168300

Lain-lain27.01.2011
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bahasa Melayu yang tepat untuk istilah bahasa Inggeris ini: "Islamic folklore"? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Islamic folklore" ialah cerita rakyat Islam atau cerita rakyat berunsurkan Islam.Istilah13.11.2013
Assalamualaikum.. saya,pelajar Institut Perguruan llmu Khas ingin menanyakan pihak tuan tentang sastera melayu iaitu berkenaan cerita rakyat..saya ingin mengetahui sama ada koleksi asal cerita rakyat seperti Lebai Malang,Pak Pandir dan Pak Kaduk ada dalam simpanan pihak tuan ataupun tidak..Ini kerana pada akhir tahun ini kami akan mengadakan satu pementasan tentang cerita-cerita tersebut.Macam mana saya boleh dapatkan cerita asal tentang tajuk-tajuk cerita tersebut..Sekian.Sila dapatkan buku "Cerita Jenaka Melayu" terbitan Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur. Untuk rujukan pihak saudara/saudara boleh meminjamnya di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, KL.  Lain-lain26.02.2008
Assalamualaikum ... Saya mohon jasa baik daripada pihak DBP untuk memeriksa sekiranya ada buku kumpulan cerita rakyat malaysia(kuda hijau, raja keluang etc) terbitan tahun 80-90 an (seperti dalam gambar) untuk dibeli bagi simpanan peribadi. Terima KasihWaalaikumussalam WBT. Saudara boleh menyemak lanjut buku yang berkenaan melalui laman sesawang Pusat Dokumentasi Melayu, http://pustaxa.dbp.gov.my/ dan laman sesawang dbp.niaga.my. Terima kasih.Lain-lain15.04.2019
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, di manakah tempat atau laman sosial yang mempunyai maklumat pencerita cerita rakyat? Terima kasih.Maklumat yang tuan perlukan, tidak ada dalam pangkalan data kami, kami mencadangkan tuan berhubung dengan persatuan penulis seperti GAPENA atau persatuan penulis di negeri-negeri, semoga mereka dapat membantu tuan dalam hal ini.Lain-lain15.07.2014
Saya ingin menerbitkan buku brbahasa Melayu secara terjemahan daripada bahan bacaan dalam Bahasa Cina atau bahan internet. Misalnya 10 Siri Cerita Rakyat Tiongkok yang tersedia ada dalam pasaran dalam Bahasa Cina yang diterbitkan oleh penerbit tempatan. Saya merujuknya hampir 100% dan membuat sedikit perubahan ayat yang minimum, adakah saya menceroboh hakcipta penerbit asal?Umumnya pemilik karya hak cipta mempunyai hak eksklusif bagi mengawal pengeluaran semula sesuatu karya dalam apa-apa bentuk bahan (termasuk fotokopi, rakaman dan lain-lain) dan bahasa (selain daripada bahasa asal karya tersebut) sekalipun. Mengeluarkan semula sesuatu karya dalam bentuk dan bahasa lain tanpa mendapat keizinan daripada pemegang hak cipta (sama ada penerbit ataupun penulis) dianggap sebagai perlakuan yang melanggar hak cipta. Saudara perlu mendapatkan izin secara bertulis daripada pemegang hak cipta karya berkenaan sebelum boleh menterjemah dan menerbitkan semula karya tersebut dalam bahasa lain.Lain-lain22.08.2008
123

Kembali ke atas