Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cerita yg diceritakan utk orang biasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm seĀ­suatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakyat (kata nama)
1. Bersinonim dengan warganegara: penduduk, bumiputera, peribumi, anak negeri, anak buah, anak watan, anak bangsa, masyarakat, komuniti, bangsa, kelompok, etnik, puak, kaum, orang, warga, isi negeri,
Berantonim dengan pemerintah

2. Bersinonim dengan pekerja: staf, orang bawahan, anak buah, kuli, orang suruhan,
Berantonim dengan ketua

3. Bersinonim dengan orang kebanyakan: orang biasa, orang ramai, orang awam,

4. Bersinonim dengan bala tentera: pasukan perang

Kata Terbitan : kerakyatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
folk non-narrativecerita rakyat tankisahanKesusasteraanTiadaCerita-cerita rakyat yang bercorak puisi. Contoh: Syair Dandan Setia, Syair Jaran Temasya.
folk narrativecerita rakyat kisahanKesusasteraanTiadaCerita-cerita rakyat yang bercorak prosa. Contoh: cerita binatang, Pak Pandir dan lain-lain.
nonstylized storytellingpenceritaan lugasKesusasteraanTiadaCerita-cerita rakyat yang dituturkan oleh seorang amatur dalam bahasa seharian.
orally oriented culturebudaya orientasi lisanKesusasteraanTiadaBudaya yang berdasarkan kepada aspek kelisanan. Contoh: cerita-cerita rakyat.
historical diffusionresapan historis/difusi historisKesusasteraanTiadaSejarah penyerapan unsur-unsur luar yang terdapat dalam sesebuah karya. Contoh: cerita-cerita rakyat Melayu dikatakan sebahagiannya bersumber dari cerita-cerita sastera rakyat India.
motifememotifemKesusasteraanTiadaUnit struktur yang merupakan dasar dalam cerita rakyat. Motifem diperkenalkan oleh Dundes dalam analisisnya terhadap cerita rakyat suku peribumi Indian di Amerika utara. Unsur yang sama diistilahkan oleh V. Propp (1968) sebagai fungsi. Dundes meminjam istilah motifem daripada Pike yang menggunakannya untuk kajian bahasa. Motifem dikaitkan dengan motif, sama seperti fungsi yang dikaitkan dengan aksi. Dalam analisis Dundes, struktur termudah cerita rakyat ini terdiri daripada dua motifem, iaitu kekurangan dan kelebihan atau ketidakseimbangan dan keseimbangan yang diatasi. Lihat juga fungsi, motif.
folk talecerita rakyatKesusasteraanTiadaCerita yang disampaikan secara lisan dan biasanya berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan. Kebanyakan cerita rakyat mengandungi unsur fantasi, magis, dan bersifat tanpa masa dan tanpa tempat. Ceritanya pendek, tidak skematik, dengan gaya bahasa yang bersahaja seperti mitos dan legenda. Kadangkala, ceritanya panjang, skematik, dengan gaya bahasa yang stailistik dan formulaik seperti bentuk roman lipur lara atau cerita pari-pari. Kebanyakan cerita rakyat berbentuk prosa berbanding dengan cerita lipur lara yang bersifat separa prosa. Cerita rakyat terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya mitos, legenda, cerita binatang, cerita jenaka, cerita pari-pari atau lipur lara. Cerita rakyat yang amat popular dan tersebar luas dalam kalangan rakyat jelata ialah cerita jenaka seperti Pak Pandir, Lebai Malang, dan Si Luncai. Lihat juga formulaik.
communalative talecerita rakyatKesusasteraanTiadaCerita yang tidak terikat pada ruang dan waktu serta beredar di tengah-tengah masyarakat. Contoh: cerita-cerita binatang, cerita mitos, cerita legenda dll.
folklorecerita rakyatGeografiTiadaTiada
folklorecerita rakyatSosiologiTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas