Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1. dgn penuh periksa (perhatian), saksama, teliti: kabinet telah bersidang beberapa kali dan mengkaji dgn ~ sebelum mengambil keputusan itu; 2. hati-hati dlm berbelanja, hemat, jimat, tidak boros: kalau tidak ~, takkanlah dia boleh jadi kaya; bercermat berhati-hati, berteliti: kami berbual-bual dan masing-masing ~ menjaga adab supaya tidak berlaku langgar bahasa; mencermati memerhatikan dgn sungguh­sungguh, mengecamkan; mencermatkan 1. melakukan sesuatu dgn cermat (teliti, hati-hati); 2. menghematkan, menjimatkan: ia memberitahu saya bagaimana ~ wang belanja; kecermatan 1. perihal bercermat, ketelitian; 2. perihal berhati-hati (beringat-ingat, berjimat), kehematan, kejimatan: kehidupan mereka tergantung sangat-sangat pd ~ mereka menggunakan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1 dgn sepenuh minat; saksama; teliti: Kertas jawapan itu dikaji dgn ~. 2 tidak boros (dlm berbelanja); hati-hati; hemat: Ia anak yg ~. bercermat berlaku (dgn) cermat; berhati-hati: Masing- masing ~ menjaga adab dlm upacara itu. mencermatkan 1 melakukan dgn cermat. 2 menjimatkan (wang dll); menghematkan: Mereka terpaksa ~ wang utk membeli sebidang tanah. kecermatan 1 keadaan cermat dlm melakukan se­suatu; ketelitian: ~ mengambil bacaan pd skala itu adalah penting. 2 keadaan jimat dlm perbelanjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cermat

Peribahasa

Berdikit-dikit,
     lama-lama menjadi bukit.

Bermaksud :

Cermat.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berjimat-cermat untuk mengelakkan pembaziranNajayati IsmailDewan Siswa1 May 1998
Jimat cermatNur AznorDewan Siswa1 September 1995
Rasional berjimat cermat tingkatkan tabungan negaraTajulddin MuhammadDewan Ekonomi1 December 1997
Pantun Jimat CermatKamariah OmarDewan Sastera1 January 2005
Untuk galakkan jimat cermatIbrahim ShairDewan Siswa1 July 1982
Kecekapan bekerja dan berjimat cermatNoor AzamDewan Masyarakat15 April 1980
Kempen inflasi sifar: mengajak rakyat berjimat cermatMohd. Hamdan Hj. AdnanDewan Siswa1 March 1996

Kembali ke atas