Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.pén] | چرڤين

Definisi : /cérpén/ kep atau singkatan drpd cerita pendek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerpen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ditugaskan membuat kajian sastera berkaitan cerpen. bolehkah saya mendapatkan cerpen-cerpen terbitan dbp? Bolehkah pihak tuan/puan email kepada saya 2/3 cerpen sastera untuk saya kaji.Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-amana perpustakaan yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat berkenaan.Lain-lain27.11.2015
salam.saya sedang membuat tesis isu sosial dalam cerpen-cerpen dewan masyaraklat sept 2005 hingga ogos 2006.saya dapati mulai sept 2006,tiada lagi cerpen dalam DM.Apakah sebab cerpen tidak lagi disisipkan dalam DM?TQUntuk makluman tuan, kami tidak lagi menerbitkan cerpen dalam majalah Dewan Masyarakat berdasarkan keputusan oleh Ahli Lembaga Pengelola DBP ketika itu kerana majalah Dewan Masyarakat berkonsepkan berita bulanan.Lain-lain01.04.2012
APAKAH ITU CERPEN JENIS KORPORAT? CONTOH? BAGAIMANAKAH CARA PENGHASILAN KERTAS KERJA TENTANGNYA.
Salam Sejahtera. Secara umum cerpen jenis korporat ialah cerpen yang membincangkan atau menceritakan  tentang atau berkaitan dengan syarikat atau perbadanan. Cerpen-cerpen berkaitan dengan dunia korporat ini telah banyak ditulis. Salah seorang penulis yang sering mengangkat isu dunia korporat ialah Azmah Nordin. Untuk merujuk contoh cerpen-cerpen tersebut, sila dapatkan kumpulan cerpen beliau yang berjudul "Wizurai", terbitan DBP, 1997.
Lain-lain12.01.2010
SALAM. saya merupakan pelajar kolej mara banting. saya ingin melakukan kajian sastera. saya berminat untuk mengkaji cerpen-cerpen yang berkaitan dengan kesan kolonialisme terhadap pemikiran serta cara hidup masyarakat melayu pasca merdeka. oleh itu, apakah cerpen yang sesuai untuk dikaji dari segi aspek ini ( sekurang-kurangnya 6)? penulis apa yang sering menonjolkan persoalan ini dalam cerpen ?

Waalaikumusalam wbk.

Dalam hal tersebut, sdr. bolehlah merujuk kepada beberapa buku Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20 terbitan DBP 2005, antaranya:

1.   Dosan Pejuang karya A. Samad Said. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Perempuan dari      Kampung Kambing, Buruh Paksa dan Dosa Pejuang

2.   Antara Dua Deru karya Arena Wati. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Dunia yang Kutinggalkan, Antara Dua Deru dan Duniaku yang Hilang.

3.   Pahlawan Tak Bernama karya Abdullah Hussain. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Pahlawan Tak Bernama, Bumi Tercemar, Politik dan Sebuah Masjid di Sebuah Kota Pelabuhan. 

Sdr. juga bolehlah memilih enam buah cerpen yang dikemukakan di atas atau memilihnya sendiri dengan merujuk kepada tiga buah kumpulan cerpen tersebut.

Sekian dan wassalam.

 

Lain-lain23.07.2009
Saya mempunyai beberapa naskah novel dan kompilasi cerpen -cerpen remaja. Bagaimana caranya saya hendak menghantar untuk penilaian pihak tuan.Waalaikumussalam WBT dan Salam Sejahtera. Saudara boleh menghubungi talian telefon 03-21479000 dan disambungkan ke bahagian yang sesuai dengan manuskrip Saudara, iaitu Bahagian Buku Sastera (genre sastera) dan Bahagian Buku Kanak-kanak dan remaja (genre kanak-kanak dan remaja). Terima kasih.Lain-lain23.02.2019
A. salam tuan. Selamat Hari Raya Aidul Fitri, Adakah Pihak DBP masih menerbitkan Antologi cerpen? Saya ada kira-kira 30 buah cerpen yang sudah disiarkan dalam berbagai akhbar dan majalah tempatan. Bagaimana cara untuk saya cuba ketengahkan cerpen-cerpen tersebut untuk pertimbangan DBP? Sekian terima kasih.Sila alamatkan manuskrip tuan kepada:
Pengarah,
Jabatan Penerbitan,
Aras 10, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
atau tuan juga membuat janji temu dengan beliau melalui pembantunya melalui talian 03-21479000/01/02. Manuskrip yang diterima akan dinilai pada peringkat bahagian terlebih dahulu untuk diteliti kesesuaian manuskrip dan jika perlu perbincangan akan diadakan dengan penulis oleh editor berkenaan.  Manuskrip tersebut seterusnya akan dinilai oleh penilai pakar sebelum dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan.
Lain-lain27.06.2017
Apakah ciri-ciri cerpen yang baik dan syarat-syarat membina cerpenCerpen ialah singkatan daripada perkataan cerita + pendek = cerpen. Secara umum, sebuah cerita pendek yang baik mesti mempunyai enam elemen berikut, iaitu pemikiran, watak, plot, sudut pandangan, latar, dan gaya bahasa. Berkaitan dengan sayarat membina cerpen yang baik ialah cerita tersebut mesti memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran dan perasaan pembaca setelah selesai membacanya. Sila rujuk buku-buku tentang panduan penulisan kreatif untuk mengetahui lebih lanjut tentang soalan saudara/saudari. Sekian, terima kasih.Lain-lain06.02.2009
SAYA SEDANG MENGKAJI TENTANG DUNIA KORPORAT DALAM CERPEN.BOLEHKAH SAYA INGIN MEMINTA SEDIKIT BAHAN TENTANG TAJUK SAYA ITU?ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN WATAK KORPORAT ATAU SEBALIKNYA?SAYA AGAK KELIRU.Bagi maksud tersebut, silalah membuat rujukan kepada cerpen-cerpen karya penulis antaranya Keris Mas, Daeng Ramli Akil dan Khadijah Busu. Sekian dan salam.Lain-lain24.07.2009
SAYA HENDAK MENCARI BIODATA PENULIS CERPEN "ISRAK"IAITU PENGARANG ERDA ROSLAN KHAIRI DAN JUGA CERPEN " BIARKAN SAMUDARA" PENGARANG RAIHANAH SALLEH. KEDUA-DUA CERPEN INI MERUPAKAN CERPEN YANG TERDAPAT DALAM BUKU KOMSAS TINGKATAN EMPAT IAITU ANTOLOGI HARGA REMAJA. UNTUK MAKLUMAN, BUKU INI MERUPAKAN KELUARAN DBP.PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK DBP SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Biodata Raihanah Saleh adalah seperti yang berikut:

Raihanah Salleh dilahirkan pada 29 januari 1965 di Dungun, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Mida Pendidikan Bahasa  Malaysia dari Universiti Putra Malaysia dan kini mengajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan banyak menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan skrip drama radio. Cerpen beliau juga tersiar dalam antologi cerpen Riak Kabus Danau Maninjau, Talian Kasih, Wacana Hitam Putih, Sayang Sufi, Kasut Hitler dan Sesudah Senja. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja, Kotak Rahsia Ismah. Beliau turut aktif menyertai peraduan dan sayembara penulisan. Antara penghargaan yang diperolehnya ialah Hadiah Utama Peraduan Novel Kanak-Kanak anjuran Jabatan Alam Sekitar 1995, Hadiah Utama Cerpen Dewasa anjuran Utusan-Public Bank 1995, Hadiah Penghargaan Cerpen Esso-Gapena 1995, Hadiah Utama Cerpen Remaja anjuran Utusan-Public Bank 1996, Hadiah Penghargaan Cerpen dewasa anjuran Public Bank 1997, Hadiah Pertama Cerpen Hari Guru anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 1996 dan 1997, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2000, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2001, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2002, Hadiah Penghargaan Skrip Drama Radio anjuran IKIM 2005 dan Hadiah Pertama Skrip Drama Radio anjuran RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Perlis 2008.

Biodata Erda Roslan Khairi pula tiada dalam simpanan kami, harap maaf.

Lain-lain31.07.2010
Saya ada satu cerpen, sekiranya di hantar kepada DBP untuk diterbitkan, adakah akan mendapat bayaran?Berapa bayarannya? Di ruangan manakah akan diterbitkan? Kepada siapa perlu di hantar cerpen tersebut. sekian. TQ

Tahniahl kepada sdr. berminat dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan sebuah cerpen. Mudah-mudahan sdr. giat lagi berkarya dengan menghasilkan cerpen-cerpen yang bermutu. Berhubung dengan kadar saguhati  atau honorarium (mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2/2006) yang dibayar kepada cerpenis yang cerpen mereka disiarkan oleh pihak  DBP adalah seperti yang berikut:

i.    Terbit di majalah

       a) Dewasa/umum           =     RM 300.00/siaran

       b) Remaja                     =     RM 200.00/siaran

       c) Kanak-kanak             =     RM 100.00/siaran

ii.     Jurnal                          =      RM 300.00/siaran

iii.    Tabloid                        =      RM 100.00/siaran

 Karya sdr. boleh di hantar kepada Editor Dewan Sastera atau Editor Dewan Siswa atau Editor Dewan Pelajar  (mengikut kategori cerpen), Bahagian Majalah,  Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Selamat berjaya! Salam.

Lain-lain08.10.2008
12345678910...

Kembali ke atas