Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.pén] | چرڤين

Definisi : /cérpén/ kep atau singkatan drpd cerita pendek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerpen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CERPEN UMUM 
PERADUAN MENGARANG CERPEN

PERADUAN MENGARANG CERPEN, peraduan menulis genre cerpen. Peraduan mengarang cerpen bermula pada tahun 1949 apabila Jawatankuasa Khutub-khanah UMNO, Johor Bahru menganjurkan peraduan ini. Pemenang utama pertama ialah Wan Cik Abdullah dengan cerpen “Cinta Terbelai”, pemenang utama kedua ialah Siti Aishah Perak dengan cerpen “Pembalasannya” dan pemenang ketiga utama ialah Jamil Sulong dengan cerpen “Kalau Dah Cinta”. Peraduan mengarang cerpen ini mendapat perhatian yang menggalakkan daripada penaja, penganjur dan pengarang sepanjang dekad 1950-an. Fenomena ini berterusan hingga ke dekad 1990-an, walaupun ada kalanya penaja dan penganjur menggunakan istilah ’sayembara’ penulisan cerpen.

SASTERAKonsep
CERPEN MALAYSIA

CERPEN MALAYSIA, antologi cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dalam dua jilid pada tahun 1988. Jilid I diberi judul Cerpen Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua dan diselenggarakan oleh Hashim Awang. Antologi ini memuatkan 56 buah cerpen yang dihasilkan oleh penulis terkenal yang mewakili zaman sebelum Perang Dunia Kedua, iaitu dari tahun 1920-an hingga tahun 1941; antara lain, termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Shamsuddin Saleh, Kasmani Arif, Harun Aminurrashid, Mahmud Ahmad dan Misbaha. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada golongan guru dan wartawan Melayu.

         

SASTERAKarya
HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP

HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP, peraduan penulisan cerpen. Peraduan ini khusus kepada penulis Malaysia yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. Syarat-syarat pertandingan antara lain ialah cerpen yang dikemukakan hendaklah karya asli, cerpen tersebut juga tidak pernah disiarkan baik secara cetakan atau stensilan. Hadiah cerpen ini ditaja oleh Malayan Banking Berhad dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pemberian hadiah ini, sejajar dengan matlamat untuk menarik lebih ramai penulis di kalangan yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu untuk mengungkapkan daya kreatif mereka dalam bahasa Melayu. Di samping itu, untuk meneguhkan pengucapan kesusasteraan tanah air di kalangan penulis bukan Melayu dan mendaulatkan penggunaan bahasa kebangsaan.

SASTERAAnugerah/Hadiah
HADIAH CERPEN MAYBANK-DBP UMUM 
HADIAH CERPEN ESSO-GAPENA UMUM 
UMI KALSUM

UMI KALSUM, kumpulan cerpen karya Jamil Suherman.  Umi Kalsum diterbitkan oleh penerbit Nusantara pada tahun 1963.  Kumpulan cerpen yang berukuran 13 cm x 18 cm ini mengandungi 94 halaman.  “Umi Kalsum” adalah judul salah sebuah cerpen dalam kumpulan ini.  Cerpen-cerpen lain ialah “Jadi Santri”, “Pesantren dan Kyai Kami”, “Main Gambus”, “Malam Mauludan”, “Kitab Jenggot dan Pemeluknya”, “Pendekar-Pendekar Kedungpring”, “Kesunyian Menjelang Malam”, dan “Penggali Kubur”.

SASTERAPenerbitan
ANTOLOGI CERPEN

Antologi cerpen. Himpunan cerpen dalam sebuah buku, hasil karya beberapa orang pengarang atau seorang pengarang.

SASTERAKonsep
KAWAN BERGELUTKAWAN BERGELUT, kumpulan cerpen karya Soeman H.S. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta dan dicetak oleh Penerbit DE BRUG, Amsterdam. Ia mengandungi 12 buah cerpen. Antara cerpen yang terpanjang ialah “Papan Reklame” lebih kurang 1230 perkataan dan cerpen yang terpendek ialah “Tjik Mat”, lebih kurang 170 perkataan sahaja.SASTERAKarya
SANGKAR

SANGKAR, kumpulan cerpen karya Anwar Ridhwan.  Sangkar diterbitkan pada tahun 1986 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Kumpulan cerpen ini pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1986/87.  Lima buah cerpen dalam Sangkar juga pernah memenangi hadiah yang sama bagi kategori cerpen eceran.  Cerpen “Dunia Adalah Sebuah Apartment” memenanginya pada tahun 1973, cerpen “Sesudah Perang” memenanginya pada tahun 1971 manakala cerpen “Sahabat”, “Menjadi Tua” dan “Sasaran” memenangi hadiah tersebut pada tahun 1982/1983.  Empat belas cerpen disiarkan sebelum tahun 1982, enam buah cerpen disiarkan pada sekitar tahun 1982 – 1983 dan dua buah cerpen disiarkan pada tahun 1986.

SASTERAKarya
123456789

Kembali ke atas