pile cap | tukup cerucuk | Kejuruteraan | Tiada | Sebongkah konkrit bertetulang yang dituang di sekeliling kepala sekumpulan cerucuk supaya cerucuk-cerucuk itu bertindak sebagai satu unit dalam menyokong beban. |
pile extractor | pencabut cerucuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Alat yang digunakan untuk menukul cerucuk menghala ke atas bagi melonggarkan genggaman cerucuk dan mengeluarkan cerucuk dari bumi. Cerucuk dihentam dengan penukul menghala ke atas pada kepala cerucuk. 2. Penukul bergetar yang boleh melonggarkan genggaman tanah pada cerucuk dengan menggunakan getaran bergelombang tinggi. |
capping beam | rasuk penutup | Kesenian | Seni Bina | Rasuk pada bahagian kepala cerucuk yang bertujuan untuk memindahkan beban dari tiang atau dinding rapat ke dalam deretan cerucuk. Ia menetapkan kedudukan rasuk supaya berperanan sama seperti tetopi cerucuk. Perbezaannya dengan tetopi cerucuk ialah rasuk penutup digunakan untuk menutup cerucuk yang berderet, sementara tetopi cerucuk digunakan untuk cerucuk berkumpulan. |
pile load test | ujian beban cerucuk | Kejuruteraan | Tiada | Ujian prestasi untuk keupayaan penyokong cerucuk, dengan cerucuk dibeban secara bertambahan sehingga 150 peratus beban reka bentuknya. |
pile extractor | mesin cabut cerucuk | Kejuruteraan | Tiada | 1. Tukul cerucuk yang memukul cerucuk ke atas untuk melonggarkan cengkamannya dan mencabutnya dari bumi.,2. Tukul bergetar yang melonggarkan cerucuk dengan pengegaran frekuensi tinggi. |
pile cap | tukup cerucuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Konkrit tetulang yang dituangkan di sekeliling kepala sebilangan cerucuk untuk memastikan supaya cerucuk tersebut dapat bertindak secara kumpulan. Ia juga bertujuan untuk mengagihkan beban-beban daripada superstruktur kepada seluruh cerucuk yang terlibat. |
pile helmet | tetopi cerucuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Alas berbentuk kotak yang diperbuat daripada keluli yang menutupi dan melindungi kepala cerucuk konkrit semasa hentaman dibuat. Ia juga mengikat pengalas supaya tetap dikedudukannya di antara tetopi cerucuk dan kepala cerucuk. Ini juga akan mengurangkan kerosakan semasa memacu cerucuk. |
pile shoe | sepatu cerucuk | Kejuruteraan | Tiada | Hujung daripada besi tuang pada kaki cerucuk kayu atau cerucuk konkrit, untuk memudahkan penusukan ke dalam bumi. |
guide pile | cerucuk pandu | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Cerucuk keping yang digunakan dalam kerja pengorekan yang terdiri daripada kayu tegak berbentuk segiempat sama yang ditanam berdekatan dengan cerucuk. Kayu ini pada asalnya berfungsi sebagai pemandu atau pelaras kepada cerucuk ditanam ia akan bertindak sebagai benteng bagi menahan tebing tanah yang dikorek supaya tidak runtuh. |
sheet pile wall | tembok cerucuk keping; dinding cerucuk turap | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |