Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cé.ta/] | چيتق

Definisi : /cétak/ cap (tanda, huruf) pd kertas atau pd kain: mesin ~ mesin utk menurunkan tulisan pd kertas dsb. bercetak dlm bentuk cetak; sudah dicetak. mencetak 1 menurunkan tulisan, gambar dll pd kertas atau pd kain dgn alat cetak (utk dijadikan buku dsb); mengecap. 2 menuang sesuatu (logam dsb) ke dlm acuan; membuat sesuatu dgn acuan: ~ timah. mencetakkan mencetak utk. tercetak telah dicetak; termeterai. cetakan apa-apa yg dicetak (buku dsb). percetakan 1 (segala) urus­an yg berkaitan dgn hal menghasilkan bahan bercetak. 2 tempat atau syarikat mencetak: pejabat ~. pencetakan perbuatan atau hal mencetak. pencetak 1 orang atau syarikat yg mencetak. 2 alat utk mencetak. ~ laser pencetak yg menggunakan sinaran laser utk menghasilkan cetakan (teks, imej dsb) yg lebih jelas. ~ matriks bintik ist pencetak yg membentuk setiap aksara cetakan berdasarkan matriks yg mengandungi corak bintik aksara. ~ warna alat yg boleh mencetak teks, gambar dsb dlm berbagai-bagai warna pd kertas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cetak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) APAKAH MAKSUD ATAU TAKRIFAN SEBENAR MEDIA CETAK DAN APAKAH JENIS-JENIS MEDIA CETAK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. 2) SILA HURAIKAN PERANAN MEDIA CETAK DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU BAKU. 3)SEJAUH MANAKAH MEDIA CETAK DI MALAYSIA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU BAKU DALAM PENULISANNYA.Media cetak ialah alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll). Peranan media cetak dalam memartabatkan bahasa Melayu memang banyak. Ini dapat dilihat dalam akhbar arus perdana yang terdapat pada hari ini. Ini tidak termasuk bahan-bahan lain seperti buku-buku dan sebagainya. Akhbar di Malaysia memang menggunakan bahasa baku dalam penulisannya. Perlu juga diingat bahawa yang membezakan gaya penulisan dalam setiap bahan bercetak ialah laras bahasa yang digunakan. Misalnya, dalam bidang undang-undang, penulis akan menggunakan laras bahasa undang-undang dalam menyampaikan maklumatnya. Begitu juga dalam bidang sukan, politik, sains dan pelbagai disiplin ilmu lain, penulis akan menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dengan apa yang hendak dipaparkan dalam tulisannya. Terima kasih.Lain-lain03.08.2008
Assalamualaikum tuan.. Saya di sini ingin bertanya mengenai proses penerbitan buku, manuskrip saya berjudul 'Aku Ingin Cemerlang' telah diluluskan JKP pada 24/2/2012 dan dikhabarkan akan melalui proses pra cetak dan cetak pada akhir Jun ini. Masalahnya saya belum dimaklumkan secara rasmi berkenaan status manuskrip saya walhal kini sudah berada di akhir Jun. Adakah saya tidak perlu menandatangani apa2 surat perjanjian? Atau berlaku kelewatan? Sekian terima kasih saya ucapkan atas maklum balas yang pantas drpd pihak tuan.

Sdr. Irfan. Saya sudah pun menjawab pertanyaan sdr. pada 7/6/2012 . Setelah disemak, manuskrip sdr. berjudul Aku Ingin Cemerlang, telah lulus JKP pada 24/2/2012. Jika diteliti, agak lama tempoh perjalanan manuskrip ini dari tarikh daftarnya. Insya-Allah saya akan memantau akan perkara ini. Sebaik lulus JKP, manuskrip akan disunting oleh editor. Proses penyuntingan bergantung kepada ketebalan manuskrip. Untuk makluman sdr., semua manuskrip yang lulus JKP pada tarikh tersebut akan diserahkan ke Bahagian Penyelarasan Penerbitan untuk proses pracetak dan cetak pada akhir Jun 2012. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi editor: Puan Khatijah melalui e-mel khatijah@dbp.gov.my. Untuk makluman sdr. mss. tersebut masih dalam proses penyuntingan ( setakat 27 Jun 2012).

Lain-lain23.06.2012
Assalamualaikum, adakah pihak DBP boleh cetak semula atau terbit semula buku-buku yang pernah DBP keluarkan sebelum ini? terbitan semula tersebut untuk peribadi. Terdapat beberapa buah buku yang saya ingin DBP cetak semula kerana buku-buku tersebut sukar didapati pada waktu ini. Saya berharap pihak DBP dapat berbuat demikian kerana saya sangat berminat untuk membaca penulisan buku-buku tersebut. Dan berapakah kos cetak semula itu?Salam tuan, Permohonan Cetak Ulang Buku Terbitan DBP Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Berikut merupakan perkara yang perlu dilakukan sekiranya pihak tuan ingin memohon cetak ulang buku terbitan DBP: 1. Surat rasmi permohonan judul buku yang ingin dicetak ulang perlu dikemukakan kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. 2. Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP akan menyemak baki stok dan pasaran buku tersebut jika dicetak ulang. Sekian, terima kasih.Lain-lain14.02.2021
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera, Tidakkah pihak DBP ada merancang untuk mengulang cetak novel karya Ramlee Awang Murshid berjudul Igauan Maut? Pada pendapat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, sudah pasti akan mendapat sambutan yang hangat memandangkan begitu ramai peminat karya-karya ciptaan Saudara Ramlee di luar sana. Sekiranya pihak DBP meninjau laman Facebook Kelab RAM (lebih 26,000 pengikut) atau ke laman web Kelab RAM, begitu ramai peminat setia yang tercari-cari novel ini bagi melengkapkan koleksi mereka. Ada yang sanggup meminjam sesama sendiri dan tawar-menawar bagi mendapatkannya. Pada hemat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, bukan sahaja mampu memberi khabar gembira buat peminat-peminat Saudara Ramlee, malah pihak DBP juga boleh meraih keuntungan dengan edisi ulang cetak ini seperti mana karya-karya laris lain yang telah diulang cetak. Diharapkan agar cadangan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam. Untuk pengetahuan tuan, DBP akan  mencetak ulang buku ini. Kami berharap berita ini akan menggembirakan tuan dan semua peminat/pengikut penulis terkenal ini.Lain-lain28.06.2012
tidak dapat cetak kelulusan permohonan, masuk no. kelulusan, tiada sijil permohonanUntuk makluman, pada petang 21 Januari 2015 sistem kami menghadapi masalah. Sila cuba lagi pada 22 Januari 2015.Lain-lain21.01.2015
1. Ulang cetak atau ulang cetakan 2. halatuju atau hala tuju? 3. perkataan sisio di awal perkataan lain perlu digabung atau disempang atau diasingkan? Wassalam. Terima kasih.1. ulang cetak
2. hala tuju
3. Perkataan sisio tiada dalam data kami tetapi terdapat perkataan sosio. Sosio merupakan awalan  berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), contohnya, sosioekonomi dan sosiopolitik yakni dieja satu perkataan.
Tatabahasa24.06.2013
salam, saya nak tanya, saya ada syarikat percetakan, boleh ke alau saya cetak flyers2 dbp, poster, dll. kalau say anak cetak buku2 dbp blh?Sila berhubung dengan Jabatan Penerbitan atau berbincang dengan Bahagian Kewangan DBP.Lain-lain28.07.2010
Mengapakah kegiatan sastera di negara ini tidak mendapat publisiti yang meluas sama ada melalui media cetak atau elektronik?

Kegiatan sastera mendapat publisiti dalam media cetak dan media elektronik. Misalnya, akhbar Berita Minggu dan Berita Harian memberikan promosi terhadap kegiatan tersebut  dalam ruangan sastera pada hari Ahad, Selasa, Khamis dan Sabtu, manakala akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia memberikan promosi pada hari Ahad, Isnin dan Khamis. Kegiatan sastera yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dipromosikan melalui akhbar yang tersebut di atas, di samping melalui majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka.  Media elektronik, misalnya  radio dan televisyen turut mempromosikan kegiatan sastera.  

Lain-lain12.05.2008
Saya dalam proses menyiapkan format baru borang-borang yang diguna oleh para pelanggan di Pantai Fomema. Oleh kerana borang-borang tersebut akan dicetak dalam dwibahasa, saya memerlukan sedikit pertolongan dalam menterjemahkan perkataan 'reprint' kepada bahasa melayu. Adakah 'reprint' bermaksud 'mengulang cetak' atau 'mencetak semula'?Istilah bahasa Melayu untuk reprint ialah cetak semula atau cetak ulang. Oleh itu, kedua-dua terjemahan yang diberikan, iaitu mengulang cetak dan mencetak semula boleh digunakan.Istilah07.01.2011
Mohon Pengesahan Bahasa untuk ini. semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda:

Semua cek hendaklah dibuat atas nama  Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.
Penyemakan dan penterjemahan28.02.2015
12345678910...

Kembali ke atas