Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : panggilan kpd perempuan yg sudah bersuami, nyonya (lwn tuan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : panggilan utk orang-orang perempuan yg sudah bersuami; kep drpd encik perempuan (nyonya rumah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cik puan

Puisi
 

Kalau cik puan memotong baju,
     Tambat denak di tengah jerami;
Kalau abang kata begitu,
     Sungguh enak hati kami.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, mohon jasa baik tuan/puan/cik puan untuk menjelaskan penggunaan kata sendi yang tepat bagi ayat di bawah. 1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. 2. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu dari dalam. Segala jasa baik daripada pihak tuan/puan/cik puan didahului dengan ucapan terima kasih.

1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. - penggunaan kata sendi nama daripada yang paling tepat kerana merujuk sumber. 

Tatabahasa14.12.2011
salam, saya nak tanya pendapat cik/puan/tuan mengenai kempen budi bahasa dalam melestarikan budaya timur. Apakah pendapat cik /puan berdasarkan penyataan tu, adakah adakah budi bahasa tu boleh mengekalkan budaya timur? terima kasih.Budi bahasa lazimnya merujuk kepada 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk menjawab pertanyaan tersebut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur kempen ini atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka.Lain-lain03.03.2009
Assalamualaikum, Mohon penjelasan daripada tuan/puan/cik puan yang budiman, memberi pencerahan kepada persoalan-persoalan saya ini. Antara berikut, penggunaan kata sendi yang manakah lebih tepat dalam ayat di bawah: 1. a) Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Kedua-dua ayat yang diberi adalah sama. Walau bagaimanapun merujuk pertanyaan saudara tentang penggunaan kata sendi, ayat yang betul ialah Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun.Tatabahasa16.02.2012
Assalamualaikum Tuan / Puan, Saya ingin mendapat pengesahan dari pihak tuan / puan : Saya selalu menerima panggilan rasmi yang menggunakan gelaran Cik Puan dan saya dimaklumkan bahawa gelaran Cik Puan merujuk kepada seseorang yang berstatus janda. Adakah wujud penggunaan gelaran Cik Puan di dalam urusan rasmi? Mohon pengesahan pihak tuan / puan. Terima kasih.Dalam konteks rasmi, kata sapaan yang digunakan bagi wanita ialah "puan" tanpa mengira status diri mereka sama ada belum atau telah berkahwin. Walau bagaimanapun terdapat sesetengah organisasi menggunakan sapaan "cik" bagi yang belum berkahwin. Tidak ada gelaran "cik puan" bagi wanita biasa yang belum atau telah berkahwin.Tatabahasa23.03.2016
Di dalam penulisan surat rasmi, apakah kata sapaan tepat untuk seorang pegawai atasan wanita yang belum berkahwin. Adakah ianya Cik, Puan atau Cik Puan? Sekian, terima kasih.

Gelaran Puan paling sesuai walaupun pegawai atasan tersebut belum berkahwin da puan adalah panggilan hormat untuk perempuan. Harap maklum.

Tatabahasa04.08.2008
Hanim Husin Jun 27th, 2:41pm Assalamualaikum & Salam 1Malaysia! Saya Hanim dari PJ. Saya ingin mendapatkan kebenaran daripada cik/puan/tuan untuk mengadakan Bengkel/Slot demo Penggayaan Selendang dengan mudah dan pantas sesuai dengan peredaran masa yang memerlukan kita bergerak pantas dalam kehidupan seharian. Saya mempunyai kumpulan @ Hijab Stylist Team yang diterajui oleh Hijab Stylist yang semakin meningkat naik iaitu Puan Anizon Hussin, mantan Editor bagi Majalah Dara.Com. Bengkel/Slot yang bakal diadakan ini adalah percuma selama 1 1/2 jam dan ianya bertujuan untuk membantu para muslimah menggayakan tudung dengan cepat disamping menutup aurat. Slot ini juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim diantara jabatan/staff pihak cik/puan. Diharap aktiviti akan mendapat pertimbangan daripada pihak cik/puan/tuan. InsyaAllah! Sekian, HANIM 016-9052046Sila hubungi Bhg. Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain27.06.2014
Tolong jelaskan secara terperinci mengenai 'cakap ajuk dan cakap pindah'.

Cik Puan Zafirah,

Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.

Contoh:

      Saya sudah membuat kerja itu. 

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan,   tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut:

   Contoh:

   Cakap ajuk  :  "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

  Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. 

 

Tatabahasa31.05.2009
A)nama saya ialah Alice B) nama saya Alice ayat mana yang betul? terima kasih

Cik Puan Shuit Sew,

Jika dilihat sepintas lalu, kedua-dua ayat ini betul. Dalam ayat (a) perkataan ialah boleh digunakan dan tidak salah jikalau kita tidak  mahu menggunakannya (pilihan). Walau bagaimanapun, ayat  yang lebih gramatis sifatnya ialah:

 (a) Nama saya ialah Alice.

( Nota:  perkataan ialah  dalam ayat tersebut merupakan kata pemeri/tugas yang berfungsi sebagai penerang  atau memerihalkan namanya ialah Alice ). 

Tatabahasa01.06.2009
Adakah kata sapaan “cik puan” sesuai untuk menyapa petugas wanita di kaunter hotel?Kata sapaan yang lebih tepat dalam kontes ini ialah puan.Istilah29.12.2009
which term is officially use currently "Bahasa Malaysia" or "Bahasa Melayu" Thanks

Cik Puan Nurharjanah, 

Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia boleh digunakan di samping istilah bahasa Melayu.
Istilah28.05.2009
1234567

Kembali ke atas